Friday, March 27, 2009

Kita dan Kuasa


Kuasa yang aku maksudkan bukannya kuasa politik, kuasa wang atau kuasa pengucapan awam. Tapi ialah kuasa dalam ertikata mempunyai kebolehan luarbiasa yang tidak ada pada manusia lain. Senang cerita, superpower la.

Secara jujur, pernah tak korang terfikir nak ada superpower? Aku rasa majoriti korang akan jawab ya. Kalau korang jawab tak pernah, sama ada korang baru lahir minggu lepas atau korang terencat akal.

Majoriti korang semua pasti dalam lingkungan usia 20-35 tahun. Sekaligus korang semua membesar dengan pengaruh pelbagai superhero dengan pelbagai superpower dari komik, TV dan filem. Tentu sekali ada yang berangan nak terbang macam Superman, perkasa macam Hulk (kulit hijau tidak termasuk), atau macho dan berkuku adamantium macam Wolverine.

Kenapa nak ada kuasa? Jawapannya mudah. Untuk memudahkan kita membuat perkara yang selama ini kita rasa susah. Contoh: Jalanraya yang jem pasti akan buat orang berangan nak terbang ke ofis. Pekerja bawahan pula mesti mahukan kuasa mengubah fikiran seperti Professor X untuk mempengaruhi bos. Perompak tentu mahukan kelajuan seperti Flash untuk lari dari polis. Para pervert pula tentu mahukan kuasa halimunan untuk kepuasan maksima.

Tapi pernah tak terfikir kalau kita betul-betul dianugerahkan kuasa yang diimpikan? Apa akan jadi? Apa yang akan kita buat?

Betul ke kita akan guna kuasa hanya untuk diri sendiri? Tanpa menganiaya orang lain, tanpa menyalahguna kuasa?

"With great power comes great responsibility"

Itu adalah ayat keramat yang dipegang oleh Peter Parker a.k.a Spiderman.

Secara peribadi, aku agak loya dengan ayat tu. Selagi namanya manusia, pernah kah kita puas dengan apa yang kita ada walaupun kita memiliki segala-galanya? Melainkan kalau korang bersifat maksum / syumul / wasatiah, terimalah hakikat kita masih manusia biasa. Yang tak terlepas dari godaan dan kehendak.

Atas sebab ini jugalah aku suka dengan watak Sylar dalam siri Heroes. Bagi aku dia mencerminkan seorang manusia yang normal apabila tiba-tiba memiliki kuasa.

Dia mahu lebih.
Dia mahu segala-galanya.
Dan dia sanggup buat apa saja untuk capai semuanya.
Watchmen juga mengupas persoalan ini. Apa akan jadi bila kita sudah tua, dipinggir masyarakat, kehidupan sosial yang hampir tiada dan mula menimbulkan pelbagai soalan tentang moraliti, integriti dan tanggungjawab?

Kalau kita ada kuasa, sejauh mana kita boleh menanganinya?

No comments: