Friday, March 27, 2009

Kita dan Kuasa


Kuasa yang aku maksudkan bukannya kuasa politik, kuasa wang atau kuasa pengucapan awam. Tapi ialah kuasa dalam ertikata mempunyai kebolehan luarbiasa yang tidak ada pada manusia lain. Senang cerita, superpower la.

Secara jujur, pernah tak korang terfikir nak ada superpower? Aku rasa majoriti korang akan jawab ya. Kalau korang jawab tak pernah, sama ada korang baru lahir minggu lepas atau korang terencat akal.

Majoriti korang semua pasti dalam lingkungan usia 20-35 tahun. Sekaligus korang semua membesar dengan pengaruh pelbagai superhero dengan pelbagai superpower dari komik, TV dan filem. Tentu sekali ada yang berangan nak terbang macam Superman, perkasa macam Hulk (kulit hijau tidak termasuk), atau macho dan berkuku adamantium macam Wolverine.

Kenapa nak ada kuasa? Jawapannya mudah. Untuk memudahkan kita membuat perkara yang selama ini kita rasa susah. Contoh: Jalanraya yang jem pasti akan buat orang berangan nak terbang ke ofis. Pekerja bawahan pula mesti mahukan kuasa mengubah fikiran seperti Professor X untuk mempengaruhi bos. Perompak tentu mahukan kelajuan seperti Flash untuk lari dari polis. Para pervert pula tentu mahukan kuasa halimunan untuk kepuasan maksima.

Tapi pernah tak terfikir kalau kita betul-betul dianugerahkan kuasa yang diimpikan? Apa akan jadi? Apa yang akan kita buat?

Betul ke kita akan guna kuasa hanya untuk diri sendiri? Tanpa menganiaya orang lain, tanpa menyalahguna kuasa?

"With great power comes great responsibility"

Itu adalah ayat keramat yang dipegang oleh Peter Parker a.k.a Spiderman.

Secara peribadi, aku agak loya dengan ayat tu. Selagi namanya manusia, pernah kah kita puas dengan apa yang kita ada walaupun kita memiliki segala-galanya? Melainkan kalau korang bersifat maksum / syumul / wasatiah, terimalah hakikat kita masih manusia biasa. Yang tak terlepas dari godaan dan kehendak.

Atas sebab ini jugalah aku suka dengan watak Sylar dalam siri Heroes. Bagi aku dia mencerminkan seorang manusia yang normal apabila tiba-tiba memiliki kuasa.

Dia mahu lebih.
Dia mahu segala-galanya.
Dan dia sanggup buat apa saja untuk capai semuanya.
Watchmen juga mengupas persoalan ini. Apa akan jadi bila kita sudah tua, dipinggir masyarakat, kehidupan sosial yang hampir tiada dan mula menimbulkan pelbagai soalan tentang moraliti, integriti dan tanggungjawab?

Kalau kita ada kuasa, sejauh mana kita boleh menanganinya?

Thursday, March 26, 2009

Drama 4 Babak

Malam tadi di Bangsar.


Babak 1:

[Lokasi: Restoran Pelita, Bangsar. Aku dan Mala sampai dulu, lepak kat Pelita sambil makan. Tetiba Fariq call..]

Fariq: wei korang katne ni?

Mala: kitorang kat Pelita, Jalan Telawi. Dtg sini la.

Fariq: Pelita tu katne? Aku kat sebelah Bangsar Village. Aku x tau la jalan Bangsar ni.

Mala: Kau tak tau jalan Telawi? Gila uncool.

Hadi: HAHAHAHAHA!!!!


Babak 2:

[Lokasi: Starbucks Jalan Telawi. Mala nak call seseorang]

Mala: Heloo! Hello! Dengar tak?

Hadi: Mala, apakejadah kau cakap dengan kamera?

Fariq: HAHAHAHAHAHA!!!!!!


Babak 3:

[Lokasi: Starbucks Jalan Telawi. Mala tengah bragging pasal orang-orang special yang ditulis dalam blog dia.]

Mala: entri ni pulak khas untuk kawan i.

Hadi: Blah la kau Mala. Aku ni pun kau tak pernah cerita dalam blog.

Mala: Eh, ada la. Tapi u kira special tau. Lagi sikit tulis, lagi special la.

Hadi: Fariq, kau perasan tak dia tak pernah tulis pasal [masukkan nama] ?

Fariq: HAHAHAHAHAHHAHA!!!!! Kantoi!

Mala: Bloodyhell!


Babak 4:

[Lokasi: Starbucks Jalan Telawi. Mala tengah bragging pasal satu flash animation dalam blog dia.]

Mala: Hik hik hik! Cute tak?

Fariq: Laa.. apsal letak gambar i camtu? Guna la gambar hensem sket.

Hadi: Roti and panadol? wtf?

Mala: Ala.. ok la tu. Kan nampak adorable sangat?

Hadi: Fariq, ko perasan tak siapa yg takde dalam ni?

Fariq: HAHAHAHAHAHAH!!!! Kantoi lagi!

Mala: Korang jahat! Aku nak report kat [masukkan nama]!

Fariq & Hadi: HAHAHAHAHAHAHAH!!!!........................


Lain kali kita lepak lagi ek? :P

Monday, March 23, 2009

Senangnya Dalam Hati....


Hari ini aku tersenyum sampai ke telinga.

Thursday, March 19, 2009

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Di suatu masa tidak lama dahulu di sebuah bukit. Di tengah-tengah gerombolan manusia yang pantas berjalan ditengah hari sambil berpeluh-peluh, aku melayan perasaan. Memang panas hari itu, peluh yang meleleh di dahi aku lap dengan hankerchief. MP3 player aku kuat mendendang lagu-lagu di celah telinga. Aku tak hiraukan sangat persekitaran yang memang kurang selesa ketika itu.

Aku sampai di sebuah bangunan yang berhawa dingin. Ahh... lega rasanya. Pantas aku duduk di celah-celah gerombolan manusia berpakaian gelap itu. Aku melunjur kaki, melepaskan lelah dan menikmati udara dingin. Aku duduk diam.

Tapi diam aku bukan untuk tidur. Diam aku bukan untuk berkhayal. Diam aku bukan untuk memikir masalah.

Aku diam untuk memerhati.

Nun tidak jauh dari situ, aku perasan dua orang yang aku kenal. Seorang lelaki dan seorang gadis. Mereka duduk berdekatan. Saling berbalas senyuman dan kata-kata.

Yang lelaki, memang bergaya. Amat segak sekali perwatakannya. Sesekali dia memasukkan tangan ke dalam poket sewaktu berbicara dengan sang gadis. Tanda dia gemuruh. Namun senyuman tidak lekang dari bibirnya. Matanya tidak lari dari memandang ke wajah sang gadis. Pandangan yang tajam menikam. Mungkinkah sang gadis terasa? Sesekali bila dia berdiri, gerak badannya memberi isyarat jelas. Sering mendada dan sesekali mencekak pinggang. Ternyata dia ingin menonjolkan sifat kelelakiannya pada sang gadis. Tangan kanannya menyisir rambut yang kurang rapi, kemudian kolar dan lipatan lengan kemejanya dikemaskan lagi. Sesekali apabila membicara sesuatu yang lucu, mereka tertawa bersama. Tapi tawa yang terkawal. Lelaki itu menutup mulutnya bila tertawa. Tentu sekali petanda dia sangat menyenangi kehadiran sang gadis.

Si gadis pula mengikut rentak sang lelaki. Matanya tidak terlepas memandang ke wajah sang lelaki. Dia juga ikut tersenyum seribu makna. Makna yang hanya mereka fahami. Sesekali bila sang lelaki memandang ke arah lain, si gadis tetap merenung wajahnya. Dan menoleh bila sang lelaki memandangnya semula. Apabila si lelaki mengusik, senyuman terpancar di wajah dan diserikan lagi dengan pipi yang kemerah-merahan. Si gadis nampak begitu manis sekali! Bibir yang merah turut bertambah merah, dan sedikit terbuka seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Tapi apa yang terbuku di hati tidak terucap di bibir. Barangkali dia malu. Badannya meliuk-liuk resah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Pena di jari dimain-mainkan, tubuhnya membongkok sedikit ke arah si lelaki. Aksinya kelihatan manja.

Tiba-tiba muncul seorang rakan. Mahu mengambil gambar beramai-ramai. Ramai yang sudah berdiri dan bersedia untuk diambil gambar kenangan. Pantas sang lelaki dan si gadis turut berdiri jua. Namun mereka tetap bersebelahan. Tidak rela berjauhan.

Petang itu gerombolan manusia berpakaian gelap itu keluar dari bangunan tersebut untuk aktiviti lain. Sang lelaki dan si gadis berjalan bersama, beriringan keluar dan masih dengan senyuman dan bual bicara mesra mereka.

Aku tersenyum dari jauh.

Mereka boleh menafi, mereka boleh mempertikai.

Bahasa badan memang tidak pernah berbohong.

Tuesday, March 17, 2009

Smart VS Selekeh

Korang mesti perasan, kalau selepas membeli barang-barang kat mana-mana hypermarket, mesti kat tempat keluar tu penuh dengan segala macam promoter dan ejen jualan yang jual macam-macam barang seperti alat senaman, pil kesihatan, insurans, Astro, kad kredit, kad percutian, tiket kapalterbang, baju dalam infra-red, krim serapat, minyak lintah dan pam vakum.

Aku tak salahkan diorang, dah memang kerja diorang nak promote barang-barang tu sambil nak tambah komisen / cari makan. Tapi aku cukup anti kalau diorang dah tahap tarik-tarik baju dan halang jalan. Lagi menyakit hati kalau diorang jenis yang tak paham bahasa bila aku cakap aku tak berminat.

Biasanya kalau ejen insurans, mesti guna taktik amoi-amoi berpakaian serba ringkas dan mengundang dosa kering. Boleh lagi aku nak senyum sambil tunjuk isyarat tak berminat. Tapi kalau yang approach tu jantan bermuka macam jamban tersumbat dan berbau tengik minyak bijan, memang rasa nak hempuk jer dengan batu lesung.

Sudahnya aku terfikir macamana nak mengurangkan halangan bodoh camni. Dan aku terfikir satu eksperimen. Eksperimen ni dah lama aku buat, dan selalunya memberi keputusan yang sama. Dua kaedah ini aku buat sebelum pergi membeli barangan.

Kaedah 1:

Aku mengenakan kemeja hitam jenama Topman disesuaikan dengan jeans G A Blue original berwarna gelap untuk menampilkan imej seorang yang berketrampilan ala-ala cover model majalah Maskulin. Untuk melengkapkan penampilan, tidak lupa juga sepasang but Camel Active kegemaran aku. Perfume Bulgari Black juga disembur di tempat-tempat strategik untuk menambah keselesaan dan keyakinan diri.

Hasil:

"Encik, nak astro murah? pasang percuma.."
"Abang.. insurans bang? sekarang ada tawaran khas..."
"nak bercuti bang? tiket campur hotel murah bang..."
"Abang ada kad kredit? kad kami limit RM7000 bang.."
"Nak buat pinjaman? untuk abang kami bagi special rate..."
"Leng chai, lu mau amoi ka?..."



Kaedah 2:

Aku menyarung T shirt putih kekuningan lusuh berbau 5 hari tak basuh sambil disesuaikan dengan sehelai seluar pendek paras lutut yang koyak sedikit dibahagian lutut untuk mendapat ilusi seorang peminta sedekah. Kesan gigitan pacat di kaki kanan juga terserlah untuk efek yang lebih menyedihkan. Kaki pula dilapisi dengan sepasang selipar jamban jenama Tai Song. Imej dilengkapkan lagi dengan keadaan belum mandi pagi.

Hasil:

*
*
*
*
*
*sunyi sepi*


Aku memang seorang pencinta keamanan.

Monday, March 16, 2009

PPSMI - Saya Peduli Apa?

Isu ni mungkin dah basi bagi sesetengah orang lain.

Semua orang sibuk cakap pasal PPSMI. Ada yang sokong, ada yang bantah, ada yang tak tahu apa yang sedang terjadi.


"Bahasa jiwa bangsa!" pekik sorang manusia.

"Bahasa Inggeris bahasa ilmu" tegas seorang yang realistik.

"Kau nak jadi kafir?!!" Jerkah seorang yang emo.

"Dua-dua sama penting.." pujuk seorang yang liberal.


Dan aku memerhati dari jauh. Terasa amat lucu sekali.

Buka sahaja suratkhabar, bahagian iklan jawatan kosong.

Terpampang luas dan megah salah satu keperluan nak dapat kerja sekarang:


...Able to communicate in Mandarin or Cantonese...


Dan bangsaku masih bertempik di jalanan...

Sunday, March 15, 2009

Aku Di Perhentian

Yeah.. aku baru balik dari Pulau Perhentian Kecil. Tak lama pun, 3 hari 2 malam jer. Memandangkan aku sebelum ni belum pernah sampai ke sana, rasa seronok tu memang ada la. Lain sket kalo nak pergi tempat-tempat yang kita pernah pergi kan?

Aku bersama Rayhan, Cebom dan Nizam bertolak pukul 12 tengahmalam. Bajet memang perfect sampai sana pukul 7 pagi. Nak ke Perhentian takde feri, mesti naik speedboat. Aku plak memang suka naik speedboat, macam kat Langkawi dulu.

Hari pertama takde apa sangat la. Chalet semua hampir penuh, yang dah overdue pun extend stay masing-masing. Last-last dapat gak chalet Lemon Grass kat Long Beach. Murah jer, RM30 semalam. Mandi laut, tidur bawah pokok, mandi, tidur, makan.


Makan kat Panorama Cafe ada movie. Memang tiap-tiap malam pasang movie tepat pukul 8 malam. Masa tu plak diorang pasang filem Zohan. Syok la layan makan sambil ketawa. Nasib baik tak tersembur.


Lepas makan, lepak tepi pantai, ada mini-bar dan fireshow. Layan fireshow sambil berborak sampai tengah malam. Badan letih lagi pasal driving, so malam tu tidur awal la. Dalam pukul 1 pagi kot.


Hari kedua, snorkeling! Air laut kat sini memang terbaik. Sampai tengah laut pun masih nampak dasar dan ikan-ikan serta terumbu karang. Patut la sini banyak orang diving. Ikan paling cantik sini dah tentunya clownfish atau nama glamernya, Nemo. Snorkeling, turtle sighting, coral, dan last sekali turtle beach. Dalam group trip aku ada sepasang couple French. Diorang selamba jer gi hujung pantai dan terus buat ibadat malam jumaat kat situ gak. Free show, tengok jer la kan.. :D

Malam tu takde apa sangat. Lepak mini-bar lagi sambil main kad game Cho Tai Ti sampai kul 3. Esoknya dah gerak balik ke KL.

Overall cost = RM300. Memang berbaloi. Perhentian ni tak macam Langkawi yang banyak aktiviti dan banyak tempat nak lawat. Kalau sekadar nak lepak tepi pantai dan tak buat apa-apa, Perhentian memang sangat sesuai.

Penat tapi puas!

Wednesday, March 11, 2009

Entri Terakhir

Ini entri terakhir aku.

Beberapa kejadian sejak akhir-akhir ini buat aku agak tertekan. Kepala agak kusut, badan dah sengal-sengal, kerja pun buat sambil lewa bagai bersetubuh tapi tak klimaks (buruk giler peribahasa aku).

Aku dah bosan dengan karenah orang yang gila pangkat, orang yang gila kuasa dan orang gila. Aku dah bosan dengan karenah birokrasi. Aku dah bosan dengan mereka-mereka yang perasan berintegriti dan skema nak mampos.

Aku perlu timeout.

Terima kasih kerana membaca blog aku yang tak seberapa ni.

Ini adalah entri terakhir aku...




...sebelum aku ke Pulau Perhentian malam ni sampai Ahad. Lepas tu aku update lagi ye? :P

Tuesday, March 10, 2009

Aku Bengang

Ya, hari ni aku bengang.

Bengang dengan nombor atas sijil aku.

Sial.

Sunday, March 8, 2009

Review - Watchmen

PLOT:

Pada tahun 1985, tatkala Amerika dan Rusia berada di ambang perang nuklear, sekumpulan hero yang sudah veteran dan menggelar diri mereka sebagai Watchmen terpaksa bersatu kembali apabila salah seorang ahli mereka, Comedian dibunuh. 2 anggota Watchmen telah mendedahkan diri mereka dan menjalani kehidupan normal manakala hanya seorang sahaja iaitu Rorschach yang masih memegang prinsip asal perjuangan mereka. Persoalan untuk mencari siapa pembunuh Comedian membawa kepada sesuatu yang diluar jangkaan.

REVIEW:

Secara peribadi, filem ini sangat best. Sangat berbeza dengan filem-filem hero yang lain yang mana sekumpulan hero ini adalah juga merupakan anti-hero pada masa yang sama. Filem superhero tipikal mesti ada superhero dan supervillain, tapi dalam filem ni semua hero hanya manusia biasa yang memakai kostum dan bersenjata, kecuali Dr Manhattan.

Special effect dan teknik fotografi, memang cun. Tapi kalau korang expect adegan gaduh maha dahsyat dan adegan letup-letup, sila abaikan filem ni. Filem ni lebih mempersoalkan tentang moraliti kemanusiaan dan keganasan yang perlu untuk tujuan lebih besar.

Watak kegemaran aku adalah Rorschach. Seorang hero yang bersifat anti-hero dan juga sangat saiko dan kejam bila menghukum. Beliau memakai topeng putih bertompok hitam yang mana tompokan itu sering berubah-ubah mengikut emosi. Jalan cerita filem ini juga berdasarkan narration dari jurnal beliau.

Masa tayangan adalah 2 jam 45 minit. Masa yang lama, tapi aku sekali pun tak pandang jam pasal jalan cerita yang bagi aku sangat menarik. Tak macam The Spirit dan Ong Bak 2 yang maha bosan dan sangat cliche.

Aku tak expect semua orang akan suka filem ni, pasal filem ni lebih banyak mengajak penonton berfikir. Dan aku tau majoriti penonton filem kat Malaysia ni tak mahu berfikir.

Apa pun, aku sangat berpuas hati dengan Watchmen!

Saturday, March 7, 2009

Bold Atau Pearl?

Aku skang tengah berminat dengan Blackberry. Memandangkan PDA aku dah rosak, aku nak tukar la ke smartphone baru. Ciri-ciri Blackberry yang canggih dan rupa yang amat gorgeous memang menggoncang iman aku.

Blackberry ni banyak model. Yang paling aku berkenan ialah Blackberry Bold. Tapi rupanya dah ada model baru lak, Blackberry Pearl Flip.

Skang aku confuse la... mintak pendapat korang. Mana patut aku beli?

Blackberry Bold

Blackberry Pearl Flip

Apa cadangan korang?

Friday, March 6, 2009

Jaguh

Setelah lama mencari, kau akhirnya kutemu.

Setelah lama berunding, kau akhirnya kusunting.

Setelah lama mengumpul wang, kau akhirnya sah milikku.

Semalam, kau melengkapkan hidupku.



Ceh, macam puisi cinta la pulak. Patut la orang kata motor/kereta ni serupa macam bini no 2. Walaupun bini no 2 aku ni janda (secondhand), tapi prestasi dan kemampuan serta pengalaman dia memang betul-betul memuaskan!

Modenas Jaguh aku ni baru keluar kedai semalam, dan hari ni aku pergi kerja naik motor. Pergh, perjalanan sejam lebih kini 25 minit jer! Wahahaha... jimat duit. Boleh la beli Blackberry minggu depan.

Setelah sekian lama merempit dengan kereta, kini aku ada pilihan baru!

Tuesday, March 3, 2009

Konvo INTAN

Semalam akhirnya batch aku merasa gak konvo selepas 6 bulan tamat DPA. Selain dari rasa tercekik pakai Baju No.1 tu, aku juga rasa seronok.

Amat seronok.

Aku rasa, semalam la perjumpaan terakhir satu batch. Bila lagi nak jumpa kan? Jumpa pun semalam rasa masa pendek gila. Banyak buang masa dengar ucapan-ucapan yang membuang masa.

Sayang betul ramai yang terus balik lepas tu. Aku berbekalkan DSLR di tangan dengan aktif snap gambar sana sini. Tu pun ramai yang aku tak jumpa. Dah la campur dengan batch 2/2007, konpius sikit pasal semua pakai baju yang sama.

Banyak gambar yang aku plan nak tangkap. Gambar kumpulan The Sickos, Pangkah Tapai, Bloggers DPA 1/2008, gambar sidang, geng-geng rapat, geng-geng yang aku tak kenal, dan macam-macam lagi.

Tapi takpe la kan, yang sudah tu sudah la. Mana yang ada itu je la yang aku dapat. Ada la dalam 390 keping gambar aku snap hahaha.....

Anyway, yang penting aku dapat kekalkan memori konvokesyen aku.


Aku sudah berjaya!