Friday, February 20, 2009

Mari Jadi Seksi

Aku suka tengok pompuan seksi. Aku rasa semua lelaki camtu kan (kecuali gay). Tapi apa yang aku ingin cakap ialah berkenaan maksud seksi itu.

Kalau tanya sesiapa pun, bila sebut seksi, dah tentu terbayang ini;

1. PEREMPUAN yang berpakaian amat minimal.
2. Wajah PEREMPUAN yang dianggap menggiur dan mengghairah.

Untuk memudahkan pembayangan korang, aku bagi contoh:

Seksi kan?

Apa itu seksi? Amat jarang sekali kalau jumpa orang yang bagi jawapan begini:

"Seksi bukan sekadar pakaian. Cara berpakaian walaupun sopan juga boleh dikatakan seksi"

Ayat diatas biasanya keluar dalam majalah feminin dan rancangan TV pasal wanita. Juga keluar dari mulut lelaki yang pretentious dalam majalah MASKULIN. Ada sedikit kebenaran dalam ayat itu walaupun aku tak berapa pasti sejauh mana ketulenannya.

Aku tak faham macamana berpakaian sopan tapi seksi tu. Pakai tudung tapi tak pakai seluar? Itu dah macam menghina agama pulak. Blog ini bukan arena politik, agama dan perkauman jadi aku takkan bincang pasal tu.

Tapi kalau wanita itu bertudung DAN ber g-string, dia memang seksi. Contoh:

Bagaimana pula dengan istilah seksi bagi lelaki? Menurut Sweet Thinker, lelaki seksi bila tertutup dan wanita seksi bila terbuka. Ini aku setuju. Lagi banyak lelaki tutup, semakin seksi la dia. Berbeza pula dengan wanita dimana keadaannya terbalik pulak.

Ada wanita kata seksi lelaki itu terletak pada beberapa faktor;

1. Senyuman
2. Cara berpakaian
3. Bentuk badan
4. Kerjaya & Wang
5. Pemikiran

Kalau tanya lelaki pulak apa ciri-ciri seksi wanita, besar kemungkinan dia takkan menjawab tapi membayangkan dahulu... :P

Lelaki dan wanita memang dicipta berbeza, bukan sekadar dari fizikal malah juga mental, psikologi dan emosi. Jadi jangan la buang masa sibuk nak tentukan jantina mana yang lebih baik dan yang mana lebih hebat.

Memang akan ada lelaki yang jawab seksi itu bukan sekadar rupa, ia juga meliputi corak pemikiran dan kebijaksanaan. Pendek kata bijak adalah seksi.

Bijak dan juga seksi?

Adakah seperti Sufiah yang genius matematik itu?


Tepuk dada tanya selera.

Apa pendapat korang?

No comments: