Thursday, February 26, 2009

Kriteria Isteri Idaman

Mencari pasangan hidup memang tidak semudah yang disangka. Macam-macam kriteria yang perlu ada sebelum seseorang akan mengambil seseorang lain sebagai pasangan hidup beliau. Ini perkara yang normal dan akan dialami oleh setiap insan baik lelaki ataupun wanita.

Dan juga gay.

Sebagai seorang lelaki, aku persembahkan antara kriteria isteri-isteri idaman para lelaki yang ingin bergelar suami.


1. Seorang isteri yang pandai menguruskan hal ehwal rumahtangga seperti mengemas dan menjaga kebersihan. Kemahiran memasak juga amat diutamakan. Amat menyelerakan apabila menikmati masakan isteri sendiri di waktu nyaman dan tenang.



2. Seorang isteri yang periang, ceria dan sentiasa bertenaga untuk menghiburkan suami. Secara tak langsung dapat membuat suami tertawa gembira dikala saat berduka dan dihimpit pelbagai permasalahan.


3. Seorang isteri yang solehah, taat beragama, jujur dan boleh dipercayai serta saling ingat-mengingati tentang tanggungjawab dan kewajipan.


4. Seorang isteri yang sentiasa memahami dan berusaha memenuhi keperluan dan kehendak suami dari segi zahir dan batin. Juga sentiasa memuaskan suami di tempat tidur.





5. Tapi yang paling penting adalah keempat-empat isteri di atas tidak tahu mereka dimadukan. Hahahahaha.....


[Terima kasih kepada e-mel forward yang aku terima]

No comments: