Friday, February 6, 2009

Hantu, Mee Goreng, Trak Serbaguna dan Plasma Gun

Aku memandu Hummer dengan perlahan malam tu. Sesekali aku dipotong oleh kenderaan lain yang dipandu laju. Aku bawak pun tak selaju mana, dalam 50km/j jer. Tiba di suatu persimpangan, aku belok ke kiri.

Terus sahaja maju kedepan.

Eh, aku kat mana ni?

Kiri kanan agak gelap. Tiada lampu jalan, tiada kenderaan lain dan tiada sebarang bangunan di kiri kanan jalan. Semuanya macam kosong. Sekosong perut aku yang mahu diiisi.

Sejurus kemudian aku ternampak cahaya malap nun jauh dihadapan. Warna-warni lampu berkenaan mambuat aku gembira. Ada jugak kedai makan yang masih buka. Aku beri signal, dan park Hummer aku betul-betul dihadapan kedai makan itu.

Sambil duduk di meja, aku nyala sebatang rokok. Asap menyelubungi ruang udara sambil aku memesan mee goreng. Hisap lagi. Hembus lagi.

Mee goreng sampai. Masa untuk menjamu selera!

Tetiba aku nampak mee goreng itu bergerak-gerak. Aku mula bingung.

Cacing! Sial betul. Apa kejadahnya bagi aku cacing??? Nak kena maki tuan kedai ni.

Pantas aku memandang muka tuan kedai itu.

Dan mukanya mula berubah. Wajah berkedut, pucat, mata merah dan rambut putih menggerbang. Dia tersengih menampakkan taring panjang putih.

Aku terus lari. Lari sekuat hati terus keluar dari situ.

Tiba-tiba sebuah trak serbaguna muncul dihadapan aku. Aku agak terkejut, tapi serta merta aku tahu apa yang patut aku lakukan.

Dengan pantas aku ke belakang trak serbaguna itu lalu mencapai sebuah Plasma Gun dan memasangnya pada tangan kanan aku.

Hantu itu terbang ke arahku, dan aku terus menembak. Dalam sekelip mata, pancaran plasma hijau itu membunuhnya. Hancur tubuhnya berkecai. Aku menutup mata untuk melindungi mata aku.

.

.

.

.

.

Ketika itu terdengar sayup bunyi bising di telingaku. Aku pun membuka mata.

"Eh, dah pukul 7? Hari ni ada meeting lagi" Kata aku sambil mencapai tuala dan terus ke bilik mandi.

Mimpi memang kadang-kadang tidak relevan.

No comments: