Sunday, February 15, 2009

Diari Pemuas Nafsu


Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi. Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang.

Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuhku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.

Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. entah berapa kali jam ditangan direnunginya..Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuhku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.. Shukor. begitu juga dengan yg lain2. Ikram, Fariq, Bad, Naz dan sigemuk itu.. Idham.

Naz membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Naz. Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi. Dari tangan ke tangan aku berpindah.

Aku dikucup.

Aku dihisap.

Aku diramas sepuas-puasnya.

Aduhh!!! Aku tak mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. tubuh ku di kerjakan mereka sepuas hati..dan akhirnya setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang.

Habis madu sepah dibuang.

Maruah hidupku hancur..



Begitulah kisah ku......






Aku sepuntung rokok.

[Terima kasih kepada emel forward yang aku terima]

No comments: