Sunday, February 15, 2009

10 Perkara Wajib Pada Hari Kekasih

Aku rasa lah, tiap-tiap tahun pada 14 Februari, benda-benda ni mesti berlaku.

1. Semua orang yang ada kekasih sibuk beli bunga, kad dan kondom.

2. Semua hotel naikkan harga tahap melampau.

3. Semua penguatkuasa Jabatan Agama Islam dibekukan cuti. Malam nak kena buat raid.

4. Kat TV dan pawagam penuh dengan cerita cinta.

5. Semua restoran penuh dengan meja yang ada 2 pelanggan je.

6. Pelbagai pakej percutian muncul. Kecuali pakej umrah sempena Valentine.

7. Majalah-majalah dipenuhi dengan tajuk-tajuk berunsur cinta diselang seli unsur seks.

8. Akan ada golongan anti-Valentine. Mereka ini sama ada golongan perasan ulamak, golongan loser yang takde pasangan dan juga golongan gay/lesbian.

9. Di mana-mana juga akan ada "peniaga segera" yang menjual cupcake, kad, bunga dan coklat.

10. Suratkhabar pada 15 Feb akan penuh dengan berita orang kena tangkap basah kat hotel / taman bunga / rumah sewa.

Pemandangan biasa pada 14 Februari

Betul tak cakap aku?

No comments: