Thursday, February 26, 2009

Kriteria Isteri Idaman

Mencari pasangan hidup memang tidak semudah yang disangka. Macam-macam kriteria yang perlu ada sebelum seseorang akan mengambil seseorang lain sebagai pasangan hidup beliau. Ini perkara yang normal dan akan dialami oleh setiap insan baik lelaki ataupun wanita.

Dan juga gay.

Sebagai seorang lelaki, aku persembahkan antara kriteria isteri-isteri idaman para lelaki yang ingin bergelar suami.


1. Seorang isteri yang pandai menguruskan hal ehwal rumahtangga seperti mengemas dan menjaga kebersihan. Kemahiran memasak juga amat diutamakan. Amat menyelerakan apabila menikmati masakan isteri sendiri di waktu nyaman dan tenang.



2. Seorang isteri yang periang, ceria dan sentiasa bertenaga untuk menghiburkan suami. Secara tak langsung dapat membuat suami tertawa gembira dikala saat berduka dan dihimpit pelbagai permasalahan.


3. Seorang isteri yang solehah, taat beragama, jujur dan boleh dipercayai serta saling ingat-mengingati tentang tanggungjawab dan kewajipan.


4. Seorang isteri yang sentiasa memahami dan berusaha memenuhi keperluan dan kehendak suami dari segi zahir dan batin. Juga sentiasa memuaskan suami di tempat tidur.





5. Tapi yang paling penting adalah keempat-empat isteri di atas tidak tahu mereka dimadukan. Hahahahaha.....


[Terima kasih kepada e-mel forward yang aku terima]

Tuesday, February 24, 2009

Gambar Bogel Elizabeth Wong

Nak tengok gambar bogel Elizabeth Wong?

Nak tahu macamana aksi panas ahli politik?

Nak tahu apa yang diorang kecoh-kecoh sangat?

Nak ??




Sila cari sendiri. Aku takde masa untuk semua tu.

Tapi aku perasan sesuatu. Entri aku sebelum ni ada guna nama politician tu. Dan pagi tadi aku perasan ada 200+ hit selepas entri tu aku post.

Ramai jugak rupanya yang sampai ke blog aku ni pasal nak carik gambar-gambar yang heboh tu. Sorry la, aku tak buat entri politik kat blog ni. Apatah lagi gambar bogel.

Aku dah lama muak dengan politik Malaysia.

Monday, February 23, 2009

Elizabeth Wong dan Yamaha FZ150i

Sana-sini orang sibuk citer pasal Eli.

Yang terlebih gatal pulak tanya kat aku mana nak cari gambar-gambar kontroversi tu. Korang ingat aku ni tokan gambar bogel ke hapa?

Aku peminat motor easy rider. Tapi kalu suruh pilih antara naked politician dan naked bike, baik aku pilih naked bike.

Maintenance dia lagi murah.

Mungkin.

Friday, February 20, 2009

Mari Jadi Seksi

Aku suka tengok pompuan seksi. Aku rasa semua lelaki camtu kan (kecuali gay). Tapi apa yang aku ingin cakap ialah berkenaan maksud seksi itu.

Kalau tanya sesiapa pun, bila sebut seksi, dah tentu terbayang ini;

1. PEREMPUAN yang berpakaian amat minimal.
2. Wajah PEREMPUAN yang dianggap menggiur dan mengghairah.

Untuk memudahkan pembayangan korang, aku bagi contoh:

Seksi kan?

Apa itu seksi? Amat jarang sekali kalau jumpa orang yang bagi jawapan begini:

"Seksi bukan sekadar pakaian. Cara berpakaian walaupun sopan juga boleh dikatakan seksi"

Ayat diatas biasanya keluar dalam majalah feminin dan rancangan TV pasal wanita. Juga keluar dari mulut lelaki yang pretentious dalam majalah MASKULIN. Ada sedikit kebenaran dalam ayat itu walaupun aku tak berapa pasti sejauh mana ketulenannya.

Aku tak faham macamana berpakaian sopan tapi seksi tu. Pakai tudung tapi tak pakai seluar? Itu dah macam menghina agama pulak. Blog ini bukan arena politik, agama dan perkauman jadi aku takkan bincang pasal tu.

Tapi kalau wanita itu bertudung DAN ber g-string, dia memang seksi. Contoh:

Bagaimana pula dengan istilah seksi bagi lelaki? Menurut Sweet Thinker, lelaki seksi bila tertutup dan wanita seksi bila terbuka. Ini aku setuju. Lagi banyak lelaki tutup, semakin seksi la dia. Berbeza pula dengan wanita dimana keadaannya terbalik pulak.

Ada wanita kata seksi lelaki itu terletak pada beberapa faktor;

1. Senyuman
2. Cara berpakaian
3. Bentuk badan
4. Kerjaya & Wang
5. Pemikiran

Kalau tanya lelaki pulak apa ciri-ciri seksi wanita, besar kemungkinan dia takkan menjawab tapi membayangkan dahulu... :P

Lelaki dan wanita memang dicipta berbeza, bukan sekadar dari fizikal malah juga mental, psikologi dan emosi. Jadi jangan la buang masa sibuk nak tentukan jantina mana yang lebih baik dan yang mana lebih hebat.

Memang akan ada lelaki yang jawab seksi itu bukan sekadar rupa, ia juga meliputi corak pemikiran dan kebijaksanaan. Pendek kata bijak adalah seksi.

Bijak dan juga seksi?

Adakah seperti Sufiah yang genius matematik itu?


Tepuk dada tanya selera.

Apa pendapat korang?

Thursday, February 19, 2009

Bila Facebook Kena Block, AKu Rasa Nak Membunuh

Ya, sejak semalam opis aku dengan bangga dan penuh rasa tak bersalah telah block Facebook.

Skang aku tengah berdoa supaya diorang tak block Blogspot lak.

Sila berdoa bersama aku.

Estrella - Stay



Sounds straight from the twilight
Has me up all night I can’t
Fall asleep coz I keep thinking of you
And I saw a shadow, outside my window
And it’s you!

c/o
All my sorrows flew away,
Hush keep quiet hear me say
I don’t ever want you to go
Please stay

With the moonlight dancing free
And there’s no one but you and me
There’s no reason to go astray
Please stay

-bridge
Making up a story
It’s the way you’re looking at me
If you think that this is funny
It’s just you

Try and think about it
If your heart is closed don’t lock it
Keep your keys back in your pocket, think this through

Repeat c/o

Sunday, February 15, 2009

Diari Pemuas Nafsu


Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi. Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang.

Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuhku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.

Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. entah berapa kali jam ditangan direnunginya..Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuhku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.. Shukor. begitu juga dengan yg lain2. Ikram, Fariq, Bad, Naz dan sigemuk itu.. Idham.

Naz membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Naz. Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi. Dari tangan ke tangan aku berpindah.

Aku dikucup.

Aku dihisap.

Aku diramas sepuas-puasnya.

Aduhh!!! Aku tak mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. tubuh ku di kerjakan mereka sepuas hati..dan akhirnya setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang.

Habis madu sepah dibuang.

Maruah hidupku hancur..



Begitulah kisah ku......






Aku sepuntung rokok.

[Terima kasih kepada emel forward yang aku terima]

10 Perkara Wajib Pada Hari Kekasih

Aku rasa lah, tiap-tiap tahun pada 14 Februari, benda-benda ni mesti berlaku.

1. Semua orang yang ada kekasih sibuk beli bunga, kad dan kondom.

2. Semua hotel naikkan harga tahap melampau.

3. Semua penguatkuasa Jabatan Agama Islam dibekukan cuti. Malam nak kena buat raid.

4. Kat TV dan pawagam penuh dengan cerita cinta.

5. Semua restoran penuh dengan meja yang ada 2 pelanggan je.

6. Pelbagai pakej percutian muncul. Kecuali pakej umrah sempena Valentine.

7. Majalah-majalah dipenuhi dengan tajuk-tajuk berunsur cinta diselang seli unsur seks.

8. Akan ada golongan anti-Valentine. Mereka ini sama ada golongan perasan ulamak, golongan loser yang takde pasangan dan juga golongan gay/lesbian.

9. Di mana-mana juga akan ada "peniaga segera" yang menjual cupcake, kad, bunga dan coklat.

10. Suratkhabar pada 15 Feb akan penuh dengan berita orang kena tangkap basah kat hotel / taman bunga / rumah sewa.

Pemandangan biasa pada 14 Februari

Betul tak cakap aku?

Thursday, February 12, 2009

Ahli Mesyuarat

Aku baru habis meeting tadi.

Meeting yang sebenarnya boleh selesai satu jam dijadikan 3 jam kerana telatah-telatah yang buat aku mula berangan dan melukis benda-benda mengarut. Sementara aku menconteng buku nota, aku terfikir gak macamana karekter orang-orang dalam meeting kalau dijadikan haiwan. Sesekali aku tersenyum sorang-sorang walaupun isi mesyuarat tu penuh dengan hal-hal yang serius nak mampus.

Kalau korang selalu pergi meeting, mesti korang perasan ciri-ciri diorang ni semua. Setakat meeting aku tadi, aku berjaya tafsirkan beberapa karekter. Sila baca dan bayangkan;


1. Murai
Ahli mesyuarat ini adalah yang paling banyak bercakap. Tanya sepatah, dia akan jawab 18 perenggan tak termasuk mukadimah dan kesimpulan. Sering memasukkan perkara-perkara tak relevan seperti pengalaman masa muda, aktiviti masa percutian dan kisah malam pertama. Lebih buruk lagi kalau dia menjadi chairperson, memang berdarah telinga ahli mesyuarat lain mendengar bebelan dan memori kenangan lalu dia. Kadang-kadang selepas habis berkicau, seorang pun tak pasti sama ada dia menjawab soalan atau tidak kerana dek kebosanan melampau. Senang cerita, dia adalah gila mikrofon.

2. Belatuk
Ahli mesyuarat ini adalah pelengkap kepada ahli mesyuarat murai. Sifatnya adalah untuk mengangguk dan mengiyakan apa sahaja yang orang lain perkatakan. Tak pernah membantah, dan amat jarang mengeluarkan pendapat. Biasanya pendiam dan sering merenung orang yang sedang bercakap sebelum mengangguk dan kembali merenung. Anggukannya sama ada bermakna dia menumpu sepenuh perhatian dan bersetuju ataupun dia sedang berangan dan khayal kerana bosan.

3. Pipit
Sesuai dengan sifat pipit yang comel dan bersuara halus, dia juga serupa. Ahli mesyuarat pipit biasanya suka mencelah dan memberi pendapat. Tapi malangnya pendapat dan celahannya selalu tidak dipedulikan dan tidak diberi perhatian. Kadang-kadang dia terpaksa mengulang dan meninggikan suara untuk mendapat perhatian dan peluang untuk bersuara. Ada juga kes ahli mesyuarat pipit terpaksa menghempas buku atau mengetuk meja akibat suara yang tenggelam. Ahli mesyuarat pipit biasanya tak suka ahli mesyuarat murai.

4. Singa
Ahli mesyuarat singa biasanya seorang yang berperawakan tegas dan dihormati/ditakuti ahli mesyuarat lain. Majoriti ahli mesyuarat singa adalah berpengalaman luas, berpengetahuan lengkap, memiliki jaringan kenalan yang hebat serta memiliki karisma yang menonjolkan dirinya. Apabila bersuara, dia mampu untuk menarik perhatian semua ahli mesyuarat lain dan mempengaruhi keputusan-keputusan penting dalam mesyuarat.

5. Beruang
Ahli mesyuarat ini biasanya baru lepas makan nasi lemak tambah, atau seronok berparti malam sebelum mesyuarat. Ini dapat dilihat melalui sifatnya yang sering berhibernasi dan menutup mata sepanjang mesyuarat. Yang kronik pula akan berdengkur atau terjatuhkan gelas/fail/diri sendiri ketika sedang diulit mimpi indah. Juga akan terkejut apabila ahli mesyuarat singa membuka mulut.

6. Monyet
Ahli mesyuarat monyet pula adalah mereka yang nakal dan gemar membuat lawak jenaka dan huru-hara dalam mesyuarat. Biasanya mereka bersifat happy go lucky dan berniat mahu menceriakan suasana mesyuarat yang maha bosan. Mereka jarang bersifat serius kecuali jika ditanya soalan atau ketika mereka dikehendaki membuat pembentangan. Selalunya mereka disukai oleh semua ahli mesyuarat lain kecuali jika membuat lawak bodoh.

7. Rusa
Ungkapan "Seperti rusa masuk kampung" amat menepati ahli mesyuarat ini. Dia biasanya akan terpinga-pinga dan membuat ekspresi blur dimukanya sepanjang mesyuarat. Majoriti ahli mesyuarat rusa adalah mereka yang pertama kali memasuki mesyuarat dan tidak faham tentang butir-butir perbincangan. Ada juga yang dipaksa masuk mesyuarat untuk mewakilkan orang lain tanpa sebarang persediaan. Apabila ditanya, mereka akan bersifat seperti ahli mesyuarat belatuk. Angguk-angguk kepala.


Korang ahli mesyuarat jenis apa?

Monday, February 9, 2009

Review - Ong Bak 2

PLOT:

Seorang anak keturunan bangsawan bernama Tien diselamatkan dari pemberontakan gabenor yang mengamalkan rasuah. Budak tersebut diselamatkan oleh Ketua Perombak wilayah selatan lalu dilatih dalam pelbagai bentuk seni mempertahankan diri dan akhirnya menjadi pahlawan terunggul di wilayah itu. Bila dewasa, beliau kembali untuk menuntut bela atas pembunuhan mak bapaknya.

REVIEW:

Filem ini sangat hampeh. Hanya aksi bergaduh je yang hebat dan bagus. Kalau tengok sekadar kerana aksi gaduh, memang korang akan puas hati.

Jalan cerita? GAGAL.

Aku asyik menguap tengok cerita ni. Jalan cerita yang tak tentu hala dan flashback yang tak relevan serta tarian Siam yang sangat tak perlu memang mencacatkan filem ni.


Tom Yum Goong jauh lebih best. Beli DVD lagi baik.

Friday, February 6, 2009

Hantu, Mee Goreng, Trak Serbaguna dan Plasma Gun

Aku memandu Hummer dengan perlahan malam tu. Sesekali aku dipotong oleh kenderaan lain yang dipandu laju. Aku bawak pun tak selaju mana, dalam 50km/j jer. Tiba di suatu persimpangan, aku belok ke kiri.

Terus sahaja maju kedepan.

Eh, aku kat mana ni?

Kiri kanan agak gelap. Tiada lampu jalan, tiada kenderaan lain dan tiada sebarang bangunan di kiri kanan jalan. Semuanya macam kosong. Sekosong perut aku yang mahu diiisi.

Sejurus kemudian aku ternampak cahaya malap nun jauh dihadapan. Warna-warni lampu berkenaan mambuat aku gembira. Ada jugak kedai makan yang masih buka. Aku beri signal, dan park Hummer aku betul-betul dihadapan kedai makan itu.

Sambil duduk di meja, aku nyala sebatang rokok. Asap menyelubungi ruang udara sambil aku memesan mee goreng. Hisap lagi. Hembus lagi.

Mee goreng sampai. Masa untuk menjamu selera!

Tetiba aku nampak mee goreng itu bergerak-gerak. Aku mula bingung.

Cacing! Sial betul. Apa kejadahnya bagi aku cacing??? Nak kena maki tuan kedai ni.

Pantas aku memandang muka tuan kedai itu.

Dan mukanya mula berubah. Wajah berkedut, pucat, mata merah dan rambut putih menggerbang. Dia tersengih menampakkan taring panjang putih.

Aku terus lari. Lari sekuat hati terus keluar dari situ.

Tiba-tiba sebuah trak serbaguna muncul dihadapan aku. Aku agak terkejut, tapi serta merta aku tahu apa yang patut aku lakukan.

Dengan pantas aku ke belakang trak serbaguna itu lalu mencapai sebuah Plasma Gun dan memasangnya pada tangan kanan aku.

Hantu itu terbang ke arahku, dan aku terus menembak. Dalam sekelip mata, pancaran plasma hijau itu membunuhnya. Hancur tubuhnya berkecai. Aku menutup mata untuk melindungi mata aku.

.

.

.

.

.

Ketika itu terdengar sayup bunyi bising di telingaku. Aku pun membuka mata.

"Eh, dah pukul 7? Hari ni ada meeting lagi" Kata aku sambil mencapai tuala dan terus ke bilik mandi.

Mimpi memang kadang-kadang tidak relevan.

Wednesday, February 4, 2009

Dua Tahun Lalu

High 5!

Dua tahun lalu,

Bermula satu episod baru dalam dunia aku.

Dua tahun lalu,

Aku kena paksa jadi clean-cut.

Dua tahun lalu,

Aku bangun awal pagi nak berlari tepi pantai.

Dua tahun lalu,

Aku ada kumpulan yang menciplak jenama roti.

Dua tahun lalu,

Aku belajar apa itu Choral Speaking.

Dua tahun lalu,

Kumpulan aku menang persembahan terbaik.

Dua tahun lalu,

Aku masuk hutan bawak belon.

Dua tahun lalu,

Aku beli kasut getah RM5.

Dua tahun lalu,

Aku belajar apa itu STS.

Dua tahun lalu,

Aku buat assignment sambil bukak Internet kat N-Gage aku.

Dua tahun lalu,

Aku tahu itulah kawan-kawan aku sampai 30 tahun lagi.

Dua tahun lalu,

Aku bersyukur akhirnya aku ada rezeki dibidang ini.

Sunday, February 1, 2009

Tag lagi....

Tag daripada KumbangKecil.


Bina ayat berdasarkan "kalau boleh, saya ingin jadi" (mengikut kategori).beri sebab untuk setiap jawapan anda.
1 & 2. Manusia
3 & 4. Haiwan
5 & 6. Barangan
7. sukahati kau lah

anda juga boleh sertakan gambar untuk setiap jawapan anda.
kemudian, sertakan 7 nama orang yang anda ingin tag. jangan lupa tinggalkan komen "anda di tag di blog saya. kalau tak buat tak nak kawan" supaya mereka tahu yang mereka di tag.

perhatian: jangan selitkan segala unsur keganasan atau lucah. anda akan dipanah petir serta merta.

mari lihat fantasi aku.


1. Ron Jeremy

Raja Porno. Tak perlu penjelasan lanjut.

2. Peter North.

Rujuk no. 1

3. Helang

Aku boleh terbang tinggi.

4. Ikan

Aku boleh menyelam.

5. Berlian

Sangat berharga.

6. Permata

Rujuk no. 5

Aku taknak tag sapa-sapa.


[nampak sangat aku tak ikhlas jawab tag ni]