Friday, January 23, 2009

Yang Terbaik Biasanya Bertiga

Aku terperasan, banyak kumpulan-kumpulan yang merupakan favourite aku terdiri daripada 3 orang. Tak kisah la kumpulan lawak ke, muzik, ataupun kumpulan aku sendiri. Mungkin angka ni memang bagus kot untuk keupayaan optimal bakat masing-masing?

Kalau sorang, mungkin mati kebosanan.
Kalau berdua, mungkin berpecah lepas gaduh/selisih faham.
Kalau berempat atau lebih, mungkin susah nak dikawal.

Kiranya individu ketiga lebih bertindak sebagai check n balance atau pengikat hubungan.

Mungkin.

Aku tak nafikan, kumpulan yang berdua atau berempat atau berlima ada gak yang best, tapi bagi aku aura mereka tak sekuat kumpulan yang bertiga.

Ini adalah antara kumpulan bertiga yang menjadi favourite aku:


1. Bujang Lapok

P Ramlee, Sudin & Ajis

Kumpulan evergreen ni memang tak boleh dinafikan kebagusan mereka. Sampai sekarang mereka masih membuat jutaan orang ketawa walaupun dah berpuluh tahun Allahyarham Tan Sri P Ramlee meninggal dunia.


2. The Three Stooges

Larry, Curly & Moe

Satu lagi kumpulan lawak yang teramat kelakar dan popular dengan lawak kasar mereka. Kalau tak silap aku sekarang ada rerun kat TV2. Mampu buat aku ketawa pecah perut di tengah malam.


3. Nirvana

Kurt Cobain, Krist Novoselic & Dave Grohl

Kumpulan grunge terunggul di zamannya. Sampai sekarang aku masih menikmati suara serak Cobain dengan alunan drum berhantu Dave Grohl. Sayang sekali, band ni terbubar bila Kurt Cobain membunuh diri pada April 1994.


4. KRU

Yusry, Norman & Edry

Satu-satunya kumpulan rap era 90-an yang masih bertahan hingga kini. Bukan sekadar bertahan malah telah melebarkan empayar perniagaan mereka ke pelbagai bidang. Aku memang sangat respek dengan visi dan usaha non-stop diorang.


5. The Sickos

Kumpulan paling sick dengan pelbagai idea-idea mengarut, lucah, tak senonoh serta disukai ramai. Tahap kematangan yang boleh dipersoalkan serta butir-butir percakapan yang boleh menegakkan bulu roma.


Apa kumpulan kesukaan korang?

No comments: