Friday, January 9, 2009

Tag 16

(Sapa la yang memandai cipta Tag 16 ni?)

Yang Mulia Quntum telah tag aku, jadi aku dengan sukacita mempersembahkan 16 fakta tentang diri aku. Banyak gila...


1. Aku Kaki Wayang
Aku dah cerita pasal perkara ni dalam nukilan pertama aku. Aku memang suka tengok wayang, tapi ikut pada filem yang ada la. Bagi aku, menonton wayang adalah satu escapisme yang mampu menenangkan aku. Kira macam konsep Retail Theraphy la. Macam perempuan dan shopping.

2. Aku Suka Muzik Sesuka Hati Aku
Aku dengar muzik sesuka hati tanpa ada minat yang terlebih pada genre tertentu. Asalkan berkenan, aku akan layan. Ada juga oarng yang pelik dengan citarasa aku, tapi lantak la. Aku boleh minat rock, pop, grunge, nu-metal, dangdut, feng tau, post-industrial mix, techno, speed metal, nasyid, keroncong dan pelbagai genre lagi pada suatu masa. Senang cerita aku ni universal la.

3. Aku Memiliki Nintendo Wii
Aku bukan hardcore gamer. Tapi aku memang minat main game. Dulu aku pernah kumpul duit nak membeli Playstation, tapi dibatalkan. Kemudian aku nak beli Playstation 2 pulak, juga dibatalkan. Bagi aku macam tak berapa syok main game yang tekan-tekan butang jer ni. Sehinggalah kemunculan Nintendo Wii yang memperkenalkan gaya permainan mengikut gerak tangan. Aku terus beli tanpa fikir panjang. Dan aku amat berpuas hati dengan Nintendo Wii.

4. Baru 4 Tahun Aku Merokok
Aku tahu ramai perokok bermula sejak zaman sekolah lagi. Aku pun dahulu sering diajak dan diejek kerana tak hisap rokok. Tak tau kenapa, aku memang tiada keinginan nak merokok masa tu. Aku bermula merokok sejak aku mula bekerja. Masa tu aku baru dapat wahyu. Mungkin.

5. Aku Suka Berperangai Tak Matang
Sesiapa yang mengenali aku memang faham perkara ini. Aku jenis yang suka buat benda lain dari kebiasaan. Kalau bergambar, aku takkan tersenyum berdiri tegak macam nak nyanyi Negaraku, tapi biasanya membuat muka pra-orgasme. Lebih kurang macam sahabat baik aku, si Kucing Puaka.

6. Aku Tak Suka Situasi Serius
Situasi serius membuat aku tak selesa. Bagi aku hidup ini terlalu singkat dan patut di nikmati sepenuhnya. Kerana itu aku sangat suka ungkapan popular The Joker dalam filem The Dark Knight; Why So Serious?

7. Aku Tak Pandai Bab Kewangan
Ini adalah salah satu kelemahan aku. Kalau orang dah start bercerita tentang Unit Trust, pembahagian dividen saham, aliran tunai dan kecairan modal, aku akan mula berangan membayangkan sesuatu yang indah seperti gadis seksi berbuah dada besar pantai bersih dan persembahan liveband. Aku pernah cuba tumpukan perhatian, malangnya otak aku masih tak dapat nak terima.

8. Aku Bukan Fanatik Bola
Aku layan gak EPL, Charity Shield dan tah-hapa-hapa pertandingan bola sepak lagi tu. Tapi kalau harapkan aku akan bersengkang mata sampai pukul 3 pagi nak tengok bola, jangan harap la. Tidur itu nikmat.

9. Aku Suka Outdoor Adventure
Aku start camping sejak usia aku 11 tahun. Mungkin dari situ minat tercetus. Dan sampai kini, aku sendiri dah lupa berapa kali aku pernah camping, jungle trekking, daki bukit, masuk gua, daki gunung dan berkayak. Kayuh whaler pula hanya sekali, semasa di Outward Bound School, Lumut.

10. Aku Budak Asrama
Aku tinggal di asrama dari Tingkatan 1 hingga pertengahan Tingkatan 5. Lepas tu aku kena buang asrama. Hahahaha....

11. Aku Suka Warna Putih Dan Merah
Putih untuk melambangkan kesucian dan merah untuk melambangkan keberanian. Mungkin juga kerana horny.

12. Aku Aquaphobia
Pengalaman aku lemas 2 kali cukup untuk membuat aku fobia terhadap air. Semasa di Kuala Kubu Bharu, aku pernah cuba mengatasi ketakutan aku dengan belajar scuba-diving. Stelah memakai semua kelengkapan, panic attack aku datang semula. Aku rasa memang aku dah tak boleh lagi.

13. Aku Suka Sup Sirip Ikan Yu
Secara peribadi, aku rasa ia amat lazat terutama ketika hari hujan. Dapat hirup sup sirip ikan yu panas berserta abalone, memang menyegarkan.

14. Aku Suka Bidang Kesenian
Aku bergiat dalam teater sejak dari Darjah 4. Masa tu pertandingan sketsa Bahasa Inggeris Antara Sekolah, dan aku dinobat sebagai naib juara. minat ini aku sambung ke sekolah menengah, universiti dan sehingga kini. Pengalaman aku dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Teater beberapa bulan lalu membuka dimensi baru untuk aku. Terima kasih kepada Mala, aku juga dah kenal apa itu Choral Speaking. Hehehehe..

15. Aku Pernah Memiliki Hobi Mengumpul Figura Aksi
Hobi ni tak kekal lama. Kekangan wang tidak menjadi masalah besar kerana aku masih mampu menyimpan wang untuk membeli. Tetapi faktor masa dan tempat simpanan yang membuat aku semakin jauh dengan hobi ini. Banyak figura aksi yang telah aku derma dan jual kepada kawan kawan yang berminat. Sesekali aku rindu figura aksi Spawn, Darth Maul, Batman, Batmobile, Thor, Counter-Strike, Cloud Strafe - Final Fantasy VII dan lain-lain yang pernah aku miliki.

16. Aku Rindu Tempoh 6 Bulan Itu
1/2008. Angka itu cukup besar maknanya kepada aku. Aku rindu The Sickos, Pangkah Tapai, Tinta Nan 9, Konserto Terakhir, Ayam Jantan Ayam Betina, dan pelbagai lagi. Sesungguhnya "Kita akan melalui jalan ini hanya sekali sahaja..."


Dah siap. Sekarang aku nak tag korang plak.

1. Rosli
2. Jazmin
3. Fariq
4. Nazar
5. Ikraam
6. Ara
7. Moon
8. Suya
9. Yoshz
10. Vidadarisakura
11. eZad
12. Najib Hassan
13. Atune
14. Mr Blind
15. Sweet Thinker
16. Baini Khairi

Jawab, jangan tak jawab. :)

No comments: