Friday, January 9, 2009

Review - Australia


Malam tadi aku, Kucing Puaka, Monyet, Bulan, Sweet Rockstar dan Ajun ke Sunway Pyramid menonton filem Australia. Filem ini banyak dapat review yang baik, jadi aku pun tertarik gak nak tonton.

PLOT:

Filem ini berkisar tentang perjalanan hidup seorang aristokrat British bernama Sarah Ashley (Nicole Kidman) yang kematian suami dan terpaksa meneruskan perniagaan mendiang suami beliau dengan bantuan Drover (Hugh Jackman). Pelbagai cabaran di tempuhi terutama cabaran dari pesaing, Lesley Carney (Bryan Brown) dan antagonis utama Neil Fletcher (David Wenham).

Filem berlatarbelakangkan masa diambang Perang Dunia Kedua ini berjalan menerusi narration seorang watak budak bernama Nullah yang dipinggirkan oleh masyarakat ketika itu kerana berdarah kacukan.

REVIEW:

Filem aksi melodramatik ini memang best. Serius. Bagi aku, walaupun tempoh tayangan sepanjang 2 jam setengah, jalan cerita yang disusun kemas dan pelbagai jenaka ringan serta visual pemandangan bumi Australia yang indah membuat filem ini seronok dilayan.

Permainan emosi dalam filem ini digarap dengan baik dan sangat berkesan. Kesan khas yang memaparkan suasana Jepun menyerang juga dibuat dengan baik.

Lakonan mantap Hugh Jackman dan David Wenham jua sangat membantu. Sebagai info, David Wenham berlakon sebagai Faramir dalam trilogi Lord Of The Rings. Lakonan Nicole Kidman pula bagi aku OK jer la. Dia agak kayu walaupun tak sekayu Keanu Reeves.

Aku memang sangat puas hati dengan filem ini. Sesiapa nak menonton, dipersilakan!

No comments: