Sunday, January 11, 2009

Filem-Filem Yang Buat Aku Tidur Dalam Pawagam

Aku seorang kaki wayang. Aku rasa korang pun dah maklum perkara ni. Antara sebab aku suka tengok wayang ialah kerana aku nak tumpukan perhatian pada filem tanpa ada gangguan. Dan aku amat marah kalau ada bunyi handphone masa tengok wayang. Serius, aku rasa nak membunuh jer. Atau sumbat stokin aku dalam mulut orang yang tak bertamadun tu.

Ada filem yang perlukan perhatian untuk kita betul-betul nikmati isi kandungan. Tak kisah sama ada jenaka, aksi, misteri, seram, dan pelbagai genre lagi. Kalau ada gangguan, memang sedikit sebanyak akan mengganggu kosentrasi dan perjalanan cerita.

Contohnya seperti filem The Blair Witch Project. Kalau tengok DVD kat rumah, memang mampus cerita tu tak seram langsung.

Tapi kalau filem tu memang bosan nak mampus, tengok kat wayang pun memang akan buat orang tidur. Siap berdengkur lagi.

Aku tak ingat dah berapa ratus filem aku tengok kat pawagam, tapi ada beberapa filem jer yang buat aku mengantuk dan tidur dek kebosanan melampau.

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi malas lak aku nak cerita panjang. Ini ialah Top 5 senarai berkenaan.


Tempat Kelima:

Lady In The Water. Penuh dengan pelbagai teori dua dimensi, dunia lain, pompuan muka pucat tak berseluar dan sekumpulan lelaki tua yang menangis tak tentu hala. Bosan nak mampus!

Tempat Keempat:


Senario: Pemburu Emas Yamashita. Penuh dengan lelaki dewasa yang bodoh, orang kerdil yang bodoh, jalan cerita yang bodoh serta Nora Danish yang ikut sama bodoh. Kesemua pelakon filem ini terutama pengarahnya patut ditempeleng. Bodoh nan mampus!


Tempat Ketiga:

Pontianak Harum Sundal Malam. Penuh dengan adegan pontianak berlari di siang hari, lawak memualkan, jalan cerita yang sangat predictable dan Azwan Ali bermisai. Sepanjang filem ni, aku asyik menyanyi "Pulangkan......duit tiket aku...." Bosan nak mampus!



Tempat Kedua:

The Number 23. Penuh dengan pelbagai teori konspirasi yang melibatkan adegan bercakap seorang diri, gila, psikotik dan mencarut. Juga diselang seli dengan pelbagai kejadian flashback yang tak relevan, skrip yang tah-apa-apa dan Jim Carrey tak berbaju. Aku tengok filem ni setengah jam jer sebelum keluar panggung. Bosan nak mampus!


Tempat Pertama:

Cuci. Penuh dengan adegan 4 orang dewasa yang emosi tak tentu pasal dan anak Tan Sri yang jatuh cinta kat pencuci tingkap. Aku tengok selama 10 minit jer sebelum aku tidur sambil berdengkur. Hans Isaac patut dipukul kerana membuang masa dan duit aku. Haram jadah!


Apa filem yang buat korang tidur dalam panggung?

1 comment:

Fendi Rocka said...

wah berbakul juga pemburu emas yamashita jena bodoh