Tuesday, January 6, 2009

3 Kejadian Yang Buat Aku Tak Pernah Menderma

Aku mengaku, aku tak pernah menderma kat orang-orang yang datang ke meja kedai makan dan hulur segala macam surat, kitab, piala, tisu dan macam-macam lagi. Walaupun nampaknya si peminta derma itu menjual kerepek, menjual kitab, buta, tiada kaki, tiada tangan atau tiada rupa. Kalau tiada kepala aku akan cabut lari.

Kenapa aku tidak pernah menderma kepada orang-orang ini?

Berikut adalah 3 kejadian yang menyebabkannya;


KEJADIAN 1:

Seorang makcik dalam usia 50 keatas yang kelihatan bersungguh-sungguh menjual kerepek. Mungkin untuk menyara 10 anaknya selepas ditinggalkan suami yang lari mengikut perempuan kabaret. Mungkin untuk mencari sesuap nasi untuk terus hidup. Mungkin untuk membiayai pengajian anaknya dengan harapan anak tersebut menjadi seorang yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Makcik ini akan berpakaian baju kurung fesyen lama, kadang-kadang dengan warna yang agak lusuh dan mampu mengundang simpati. Atas dasar simpati, aku beli jua kerepek yang dijualnya.

Bila aku sudah selesai makan, aku pun menuju ke kereta dan bergerak ke rumah. Selang beberapa minit, aku ternampak makcik tadi tengah mengisi kerepeknya ke dalam kenderaan beliau. Kenderaan apa?

HONDA CRV!

Pu****k!


KEJADIAN 2:

Seorang lelaki buta separuh abad sedang dipimpin oleh anak/isteri/kawan beliau meminta derma dari meja ke meja. Biasanya memakai kopiah putih dan membawa tisu/pelekat ayat Quran untuk pemberi derma. Mungkin kehidupan yang daif memaksa beliau meminta sedekah. Mengharap simpati orang ramai untuk meneruskan hidup dan mencari sesuap nasi.

Keadaan yang amat mengundang simpati..

Selepas makan aku nampak orang buta tadi tengah hisap rokok kat sudut tersorok belakang kedai makan tu sambil bergelak ketawa.

Pu****k!


KEJADIAN 3:

Sama seperti kejadian di atas. Seorang buta, separuh abad, memakai kopiah putih, meminta sedekah dari meja ke meja. Tapi yang ini hanya seorang diri tanpa ditemani isteri/anak/kawan. Dari jauh aku perhatikan. Sesekali dia terlanggar meja dan meminta maaf. Sesekali kakinya tersepak kerusi, kucing dan beg yang diletakkan di bawah.

Dalam hati aku berasa kagum dengan semangat seorang BUTA yang berani keluar bergerak seorang diri demi mencari sesuap nasi.

Dan bila beliau tiba di meja aku, mata aku ternampak sesuatu.

Orang buta itu PAKAI JAM TANGAN.

Pu****k!


Salah ke kalau aku tak pernah bagi derma kat orang-orang macam ni?

No comments: