Saturday, January 31, 2009

Butterfingers - Mati Hidup Kembali



Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Wednesday, January 28, 2009

Bila Aku Bosan Aku Merepek

Cerita 1
Hayati begitu asyik merenung batang yang menegak itu, lantas dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar.

Hayati pun menjerit "...Nenek! lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..


Cerita 2
Ikraam meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti.

Ikraam tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."


Cerita 3
Shukor menghisap-hisap puting itu dengan berhati-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidahnya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu ...

"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Shukor yang masih bayi terus menangis meminta susu. Shukor semakin tension.


Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar "Come on baby, lets make it..."..katanya berulang-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus.

Idham terus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan kuda itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama.


Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Fariq yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Fariq terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari.

Tetapi setelah lama mengintip Fariq pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.


Moral: Aku bosan.

Friday, January 23, 2009

Yang Terbaik Biasanya Bertiga

Aku terperasan, banyak kumpulan-kumpulan yang merupakan favourite aku terdiri daripada 3 orang. Tak kisah la kumpulan lawak ke, muzik, ataupun kumpulan aku sendiri. Mungkin angka ni memang bagus kot untuk keupayaan optimal bakat masing-masing?

Kalau sorang, mungkin mati kebosanan.
Kalau berdua, mungkin berpecah lepas gaduh/selisih faham.
Kalau berempat atau lebih, mungkin susah nak dikawal.

Kiranya individu ketiga lebih bertindak sebagai check n balance atau pengikat hubungan.

Mungkin.

Aku tak nafikan, kumpulan yang berdua atau berempat atau berlima ada gak yang best, tapi bagi aku aura mereka tak sekuat kumpulan yang bertiga.

Ini adalah antara kumpulan bertiga yang menjadi favourite aku:


1. Bujang Lapok

P Ramlee, Sudin & Ajis

Kumpulan evergreen ni memang tak boleh dinafikan kebagusan mereka. Sampai sekarang mereka masih membuat jutaan orang ketawa walaupun dah berpuluh tahun Allahyarham Tan Sri P Ramlee meninggal dunia.


2. The Three Stooges

Larry, Curly & Moe

Satu lagi kumpulan lawak yang teramat kelakar dan popular dengan lawak kasar mereka. Kalau tak silap aku sekarang ada rerun kat TV2. Mampu buat aku ketawa pecah perut di tengah malam.


3. Nirvana

Kurt Cobain, Krist Novoselic & Dave Grohl

Kumpulan grunge terunggul di zamannya. Sampai sekarang aku masih menikmati suara serak Cobain dengan alunan drum berhantu Dave Grohl. Sayang sekali, band ni terbubar bila Kurt Cobain membunuh diri pada April 1994.


4. KRU

Yusry, Norman & Edry

Satu-satunya kumpulan rap era 90-an yang masih bertahan hingga kini. Bukan sekadar bertahan malah telah melebarkan empayar perniagaan mereka ke pelbagai bidang. Aku memang sangat respek dengan visi dan usaha non-stop diorang.


5. The Sickos

Kumpulan paling sick dengan pelbagai idea-idea mengarut, lucah, tak senonoh serta disukai ramai. Tahap kematangan yang boleh dipersoalkan serta butir-butir percakapan yang boleh menegakkan bulu roma.


Apa kumpulan kesukaan korang?

Wednesday, January 21, 2009

Mula-Mula Nak Boikot, Pastu Aku Lapar.

Semua orang nak boikot. Semua benda nak kena boikot. Masa Israel mengganas, boikot barang Amerika. Masa nak raya, peniaga Cina naikkan harga, boikot makan ayam lak. Aku tak pernah dengar lak orang Cina boikot makan babi dan minum arak pasal mahal.

Apa kejadahnya?

Aku terima satu emel tadi. Sila baca sendiri.

salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.

sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443


Jadi sekarang bila aku lapar, aku boleh makan KFC dengan lahap.

TAMBAHAN:

Semua orang heboh nak boikot produk Amerika. Konsert Rihanna apasal taknak boikot?

Friday, January 16, 2009

Asyik Kena Tag Ajer.....

Oh Mala, kau memang suka tag aku.....


Senaraikan 10 perkara tentang org yg tag kamu:

1. Dia seorang perempuan. Tak macam aku.
2. Dia ada tahi lalat. Tak macam aku.
3. Dia memiliki metabolisme tinggi. Tak macam aku.
4. Dia sangat kurus. Tak macam aku.
5. Dia bawak Kelisa warna maroon. Tak macam aku.
6. Dia suka choral speaking. Macam aku.
7. Dia seorang camw***e. Macam aku.
8. Dia suka tersenyum. Macam aku.
9. Dia sangat suka menulis. Macam aku.
10. Dia seorang yang alim. Macam aku. <--Tipu


Tuliskan novel kegemaran kamu:

1. The Da Vinci Code
2. Possession
3. World Without End
4. It
5. Hot Blood X


Listkan 5 benda yang kamu sayang:

1. Laptop
2. Handphone
3. Digital Camera
4. Kereta
5. Nintendo Wii


Cukup la tu.

Tuesday, January 13, 2009

Cuti Sakit

Aku tidak sihat sejak minggu lepas. 3 klinik yang aku pergi tak dapat mengenalpasti penyakit apa. Baru tadi, aku pulang dari PPUM menjalani ujian darah untuk tahu penyakit aku. Insya Allah, Jumaat ini aku akan bertemu dengan pakar kulit PPUM.

Doktor membekalkan aku dengan ubat-ubat ini;

1. Cetirizine 10mg
2. Chlorphenamine 4mg
3. Betamethasone Valerate 0.02%

Blog ini akan bercuti seketika sementara menunggu kesihatan aku pulih.

Harap maklum.

Sunday, January 11, 2009

Filem-Filem Yang Buat Aku Tidur Dalam Pawagam

Aku seorang kaki wayang. Aku rasa korang pun dah maklum perkara ni. Antara sebab aku suka tengok wayang ialah kerana aku nak tumpukan perhatian pada filem tanpa ada gangguan. Dan aku amat marah kalau ada bunyi handphone masa tengok wayang. Serius, aku rasa nak membunuh jer. Atau sumbat stokin aku dalam mulut orang yang tak bertamadun tu.

Ada filem yang perlukan perhatian untuk kita betul-betul nikmati isi kandungan. Tak kisah sama ada jenaka, aksi, misteri, seram, dan pelbagai genre lagi. Kalau ada gangguan, memang sedikit sebanyak akan mengganggu kosentrasi dan perjalanan cerita.

Contohnya seperti filem The Blair Witch Project. Kalau tengok DVD kat rumah, memang mampus cerita tu tak seram langsung.

Tapi kalau filem tu memang bosan nak mampus, tengok kat wayang pun memang akan buat orang tidur. Siap berdengkur lagi.

Aku tak ingat dah berapa ratus filem aku tengok kat pawagam, tapi ada beberapa filem jer yang buat aku mengantuk dan tidur dek kebosanan melampau.

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi malas lak aku nak cerita panjang. Ini ialah Top 5 senarai berkenaan.


Tempat Kelima:

Lady In The Water. Penuh dengan pelbagai teori dua dimensi, dunia lain, pompuan muka pucat tak berseluar dan sekumpulan lelaki tua yang menangis tak tentu hala. Bosan nak mampus!

Tempat Keempat:


Senario: Pemburu Emas Yamashita. Penuh dengan lelaki dewasa yang bodoh, orang kerdil yang bodoh, jalan cerita yang bodoh serta Nora Danish yang ikut sama bodoh. Kesemua pelakon filem ini terutama pengarahnya patut ditempeleng. Bodoh nan mampus!


Tempat Ketiga:

Pontianak Harum Sundal Malam. Penuh dengan adegan pontianak berlari di siang hari, lawak memualkan, jalan cerita yang sangat predictable dan Azwan Ali bermisai. Sepanjang filem ni, aku asyik menyanyi "Pulangkan......duit tiket aku...." Bosan nak mampus!



Tempat Kedua:

The Number 23. Penuh dengan pelbagai teori konspirasi yang melibatkan adegan bercakap seorang diri, gila, psikotik dan mencarut. Juga diselang seli dengan pelbagai kejadian flashback yang tak relevan, skrip yang tah-apa-apa dan Jim Carrey tak berbaju. Aku tengok filem ni setengah jam jer sebelum keluar panggung. Bosan nak mampus!


Tempat Pertama:

Cuci. Penuh dengan adegan 4 orang dewasa yang emosi tak tentu pasal dan anak Tan Sri yang jatuh cinta kat pencuci tingkap. Aku tengok selama 10 minit jer sebelum aku tidur sambil berdengkur. Hans Isaac patut dipukul kerana membuang masa dan duit aku. Haram jadah!


Apa filem yang buat korang tidur dalam panggung?

Saturday, January 10, 2009

Trailer - Dragonball Evolution



Aku pernah buat entri pasal filem ni dulu. Mula-mula rasa seronok tengok poster-poster. Tapi trailer ni membuat aku hilang minat nak tonton filem Dragonball.

Hampeh! Langsung tak mencapai expectation aku.

Tapi Bulma lakonan Emmy Rossum nampak comel la.

Beli DVD je kot :P

Poster - G I Joe : Rise Of The Cobra

Poster G I Joe:Rise Of The Cobra

Snake Eyes

Storm Shadow

Scarlett

7 Ogos 2009.

Harap-harap filem ni tak mengewakan.

Friday, January 9, 2009

Review - Australia


Malam tadi aku, Kucing Puaka, Monyet, Bulan, Sweet Rockstar dan Ajun ke Sunway Pyramid menonton filem Australia. Filem ini banyak dapat review yang baik, jadi aku pun tertarik gak nak tonton.

PLOT:

Filem ini berkisar tentang perjalanan hidup seorang aristokrat British bernama Sarah Ashley (Nicole Kidman) yang kematian suami dan terpaksa meneruskan perniagaan mendiang suami beliau dengan bantuan Drover (Hugh Jackman). Pelbagai cabaran di tempuhi terutama cabaran dari pesaing, Lesley Carney (Bryan Brown) dan antagonis utama Neil Fletcher (David Wenham).

Filem berlatarbelakangkan masa diambang Perang Dunia Kedua ini berjalan menerusi narration seorang watak budak bernama Nullah yang dipinggirkan oleh masyarakat ketika itu kerana berdarah kacukan.

REVIEW:

Filem aksi melodramatik ini memang best. Serius. Bagi aku, walaupun tempoh tayangan sepanjang 2 jam setengah, jalan cerita yang disusun kemas dan pelbagai jenaka ringan serta visual pemandangan bumi Australia yang indah membuat filem ini seronok dilayan.

Permainan emosi dalam filem ini digarap dengan baik dan sangat berkesan. Kesan khas yang memaparkan suasana Jepun menyerang juga dibuat dengan baik.

Lakonan mantap Hugh Jackman dan David Wenham jua sangat membantu. Sebagai info, David Wenham berlakon sebagai Faramir dalam trilogi Lord Of The Rings. Lakonan Nicole Kidman pula bagi aku OK jer la. Dia agak kayu walaupun tak sekayu Keanu Reeves.

Aku memang sangat puas hati dengan filem ini. Sesiapa nak menonton, dipersilakan!

Tag 3

Kena tag lagi....

Kali ni dengan cik Vidadarisakura pulak, hehehe


SENARAIKAN 3 PERKARA TENTANG ORG YG TELAH TAG KAMU


1. Dia orang Sabah
2. Dia kata dia tak pernah ditekel oleh lelaki hensem
3. Dia kata dia blur, emo, sewel, pemalas, comel dan berkualiti


3 PASAL AKU

1. Aku seorang lelaki.
2. Aku sudah bekerja.
3. Aku seorang pemalu.

FILEM FEVERET

1. Kim Kardashian - Daddy
2. V For Vendetta
3. Sin City

SAIZ PINGGANG

Dah lupa... :P

KALER SPENDER

Aku pakai boxer.


Malas la nak tag orang lain.

Tag 16

(Sapa la yang memandai cipta Tag 16 ni?)

Yang Mulia Quntum telah tag aku, jadi aku dengan sukacita mempersembahkan 16 fakta tentang diri aku. Banyak gila...


1. Aku Kaki Wayang
Aku dah cerita pasal perkara ni dalam nukilan pertama aku. Aku memang suka tengok wayang, tapi ikut pada filem yang ada la. Bagi aku, menonton wayang adalah satu escapisme yang mampu menenangkan aku. Kira macam konsep Retail Theraphy la. Macam perempuan dan shopping.

2. Aku Suka Muzik Sesuka Hati Aku
Aku dengar muzik sesuka hati tanpa ada minat yang terlebih pada genre tertentu. Asalkan berkenan, aku akan layan. Ada juga oarng yang pelik dengan citarasa aku, tapi lantak la. Aku boleh minat rock, pop, grunge, nu-metal, dangdut, feng tau, post-industrial mix, techno, speed metal, nasyid, keroncong dan pelbagai genre lagi pada suatu masa. Senang cerita aku ni universal la.

3. Aku Memiliki Nintendo Wii
Aku bukan hardcore gamer. Tapi aku memang minat main game. Dulu aku pernah kumpul duit nak membeli Playstation, tapi dibatalkan. Kemudian aku nak beli Playstation 2 pulak, juga dibatalkan. Bagi aku macam tak berapa syok main game yang tekan-tekan butang jer ni. Sehinggalah kemunculan Nintendo Wii yang memperkenalkan gaya permainan mengikut gerak tangan. Aku terus beli tanpa fikir panjang. Dan aku amat berpuas hati dengan Nintendo Wii.

4. Baru 4 Tahun Aku Merokok
Aku tahu ramai perokok bermula sejak zaman sekolah lagi. Aku pun dahulu sering diajak dan diejek kerana tak hisap rokok. Tak tau kenapa, aku memang tiada keinginan nak merokok masa tu. Aku bermula merokok sejak aku mula bekerja. Masa tu aku baru dapat wahyu. Mungkin.

5. Aku Suka Berperangai Tak Matang
Sesiapa yang mengenali aku memang faham perkara ini. Aku jenis yang suka buat benda lain dari kebiasaan. Kalau bergambar, aku takkan tersenyum berdiri tegak macam nak nyanyi Negaraku, tapi biasanya membuat muka pra-orgasme. Lebih kurang macam sahabat baik aku, si Kucing Puaka.

6. Aku Tak Suka Situasi Serius
Situasi serius membuat aku tak selesa. Bagi aku hidup ini terlalu singkat dan patut di nikmati sepenuhnya. Kerana itu aku sangat suka ungkapan popular The Joker dalam filem The Dark Knight; Why So Serious?

7. Aku Tak Pandai Bab Kewangan
Ini adalah salah satu kelemahan aku. Kalau orang dah start bercerita tentang Unit Trust, pembahagian dividen saham, aliran tunai dan kecairan modal, aku akan mula berangan membayangkan sesuatu yang indah seperti gadis seksi berbuah dada besar pantai bersih dan persembahan liveband. Aku pernah cuba tumpukan perhatian, malangnya otak aku masih tak dapat nak terima.

8. Aku Bukan Fanatik Bola
Aku layan gak EPL, Charity Shield dan tah-hapa-hapa pertandingan bola sepak lagi tu. Tapi kalau harapkan aku akan bersengkang mata sampai pukul 3 pagi nak tengok bola, jangan harap la. Tidur itu nikmat.

9. Aku Suka Outdoor Adventure
Aku start camping sejak usia aku 11 tahun. Mungkin dari situ minat tercetus. Dan sampai kini, aku sendiri dah lupa berapa kali aku pernah camping, jungle trekking, daki bukit, masuk gua, daki gunung dan berkayak. Kayuh whaler pula hanya sekali, semasa di Outward Bound School, Lumut.

10. Aku Budak Asrama
Aku tinggal di asrama dari Tingkatan 1 hingga pertengahan Tingkatan 5. Lepas tu aku kena buang asrama. Hahahaha....

11. Aku Suka Warna Putih Dan Merah
Putih untuk melambangkan kesucian dan merah untuk melambangkan keberanian. Mungkin juga kerana horny.

12. Aku Aquaphobia
Pengalaman aku lemas 2 kali cukup untuk membuat aku fobia terhadap air. Semasa di Kuala Kubu Bharu, aku pernah cuba mengatasi ketakutan aku dengan belajar scuba-diving. Stelah memakai semua kelengkapan, panic attack aku datang semula. Aku rasa memang aku dah tak boleh lagi.

13. Aku Suka Sup Sirip Ikan Yu
Secara peribadi, aku rasa ia amat lazat terutama ketika hari hujan. Dapat hirup sup sirip ikan yu panas berserta abalone, memang menyegarkan.

14. Aku Suka Bidang Kesenian
Aku bergiat dalam teater sejak dari Darjah 4. Masa tu pertandingan sketsa Bahasa Inggeris Antara Sekolah, dan aku dinobat sebagai naib juara. minat ini aku sambung ke sekolah menengah, universiti dan sehingga kini. Pengalaman aku dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Teater beberapa bulan lalu membuka dimensi baru untuk aku. Terima kasih kepada Mala, aku juga dah kenal apa itu Choral Speaking. Hehehehe..

15. Aku Pernah Memiliki Hobi Mengumpul Figura Aksi
Hobi ni tak kekal lama. Kekangan wang tidak menjadi masalah besar kerana aku masih mampu menyimpan wang untuk membeli. Tetapi faktor masa dan tempat simpanan yang membuat aku semakin jauh dengan hobi ini. Banyak figura aksi yang telah aku derma dan jual kepada kawan kawan yang berminat. Sesekali aku rindu figura aksi Spawn, Darth Maul, Batman, Batmobile, Thor, Counter-Strike, Cloud Strafe - Final Fantasy VII dan lain-lain yang pernah aku miliki.

16. Aku Rindu Tempoh 6 Bulan Itu
1/2008. Angka itu cukup besar maknanya kepada aku. Aku rindu The Sickos, Pangkah Tapai, Tinta Nan 9, Konserto Terakhir, Ayam Jantan Ayam Betina, dan pelbagai lagi. Sesungguhnya "Kita akan melalui jalan ini hanya sekali sahaja..."


Dah siap. Sekarang aku nak tag korang plak.

1. Rosli
2. Jazmin
3. Fariq
4. Nazar
5. Ikraam
6. Ara
7. Moon
8. Suya
9. Yoshz
10. Vidadarisakura
11. eZad
12. Najib Hassan
13. Atune
14. Mr Blind
15. Sweet Thinker
16. Baini Khairi

Jawab, jangan tak jawab. :)

Tuesday, January 6, 2009

3 Kejadian Yang Buat Aku Tak Pernah Menderma

Aku mengaku, aku tak pernah menderma kat orang-orang yang datang ke meja kedai makan dan hulur segala macam surat, kitab, piala, tisu dan macam-macam lagi. Walaupun nampaknya si peminta derma itu menjual kerepek, menjual kitab, buta, tiada kaki, tiada tangan atau tiada rupa. Kalau tiada kepala aku akan cabut lari.

Kenapa aku tidak pernah menderma kepada orang-orang ini?

Berikut adalah 3 kejadian yang menyebabkannya;


KEJADIAN 1:

Seorang makcik dalam usia 50 keatas yang kelihatan bersungguh-sungguh menjual kerepek. Mungkin untuk menyara 10 anaknya selepas ditinggalkan suami yang lari mengikut perempuan kabaret. Mungkin untuk mencari sesuap nasi untuk terus hidup. Mungkin untuk membiayai pengajian anaknya dengan harapan anak tersebut menjadi seorang yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Makcik ini akan berpakaian baju kurung fesyen lama, kadang-kadang dengan warna yang agak lusuh dan mampu mengundang simpati. Atas dasar simpati, aku beli jua kerepek yang dijualnya.

Bila aku sudah selesai makan, aku pun menuju ke kereta dan bergerak ke rumah. Selang beberapa minit, aku ternampak makcik tadi tengah mengisi kerepeknya ke dalam kenderaan beliau. Kenderaan apa?

HONDA CRV!

Pu****k!


KEJADIAN 2:

Seorang lelaki buta separuh abad sedang dipimpin oleh anak/isteri/kawan beliau meminta derma dari meja ke meja. Biasanya memakai kopiah putih dan membawa tisu/pelekat ayat Quran untuk pemberi derma. Mungkin kehidupan yang daif memaksa beliau meminta sedekah. Mengharap simpati orang ramai untuk meneruskan hidup dan mencari sesuap nasi.

Keadaan yang amat mengundang simpati..

Selepas makan aku nampak orang buta tadi tengah hisap rokok kat sudut tersorok belakang kedai makan tu sambil bergelak ketawa.

Pu****k!


KEJADIAN 3:

Sama seperti kejadian di atas. Seorang buta, separuh abad, memakai kopiah putih, meminta sedekah dari meja ke meja. Tapi yang ini hanya seorang diri tanpa ditemani isteri/anak/kawan. Dari jauh aku perhatikan. Sesekali dia terlanggar meja dan meminta maaf. Sesekali kakinya tersepak kerusi, kucing dan beg yang diletakkan di bawah.

Dalam hati aku berasa kagum dengan semangat seorang BUTA yang berani keluar bergerak seorang diri demi mencari sesuap nasi.

Dan bila beliau tiba di meja aku, mata aku ternampak sesuatu.

Orang buta itu PAKAI JAM TANGAN.

Pu****k!


Salah ke kalau aku tak pernah bagi derma kat orang-orang macam ni?

Sunday, January 4, 2009

Ke Mana Arah Tuju Pelajar-Pelajar Malaysia?


Adakah anda bersetuju dengan gambarajah ini?

Tepuk dada tanya selera.

Selamat Tinggal Athenos

R.I.P Athenos 2004-2008

Athenos,
Saat pertama kau ku temui
Rasa gembira menyelubungi hati
Terbayang hari-hari yang bakal menjadi

Athenos,
Saat ku hayati dirimu
Ku agak terpesona dengan bait-bait mu
Ada yang jelas, ada yang kabur

Athenos,
Saat ku jejak sejarahmu
Ku terbuai dengan apa yang dilalui
Perjalanan kita memang berbeza

Athenos,
Kau mengajarku erti pengalaman
Kau mengajarku erti perjalanan
Kau mengajarku erti persahabatan

Athenos,
Apakan daya kau menduga
Kerana mereka kau tumpas jua
Pergi meninggalkan dunia disaat kau masih membara

Athenos,
Ku harap kau seperti Sang Phoenix
Bangkit gagah dari abu sendiri
Akan ku tunggu kebangkitanmu lagi!

Rest In Peace, my friend.



[Puisi khas untuk seorang sahabat]
.