Thursday, October 2, 2008

Hari Raya....

Assalamualaikum,

Hari Raya Aidilfitri tahun ini aku sambut sederhana kat Melaka. Aah... rindu betul aku kat tanah kelahiran aku ni. Rasa macam dah lama tak balik...


Hari Raya aku bermula dan berakhir seperti tahun-tahun sudah. Meratah rendang, ketupat dan kuih-muih. Cuma ada beberapa rumah yg tak dapat aku kunjungi. Macam-macam sebab...

Dan konvoi raya anjuran rakan-rakan sama sekolah tahun ni aku tak dapat join lagi. Apa nak buat, dah makin dewasa, makin banyak tanggungjawab. Yang dah kahwin, yang dah bertunang, yang dah ada awek, yang masih tak laku. Takpelah, insya Allah ada rezeki tahun depan.

Hari ini (raya kedua) aku dah kembali ke KL. Bagus gak, jalan tak sesak.

Dan esok aku kena kerja.

Hampeh~

Raya korang camana?

No comments: