Friday, September 12, 2008

Trailer - Quantum of Solace



SELEPAS kejayaan filem Casino Royale pada 2006, aktor British, Daniel Craig sekali lagi diberikan kepercayaan mendukung watak ejen paling popular dunia, James Bond. Menggunakan judul Quantum of Solace, filem yang bakal menemui penonton di Malaysia pada 6 November ini adalah edisi ke-22 filem aksi penyiasatan itu.

Quantum of Solace yang diterbitkan EON Productions menampilkan Marc Forster sebagai pengarah. Manakala penulis Casino Royale iaitu Paul Haggis, Neal Purvis dan Robert Wade kembali semula menggarap cerita untuk filem terbaru Bond, bersama seorang lagi muka baru, Joshua Zetumer.

Menerusi filem ini, ejen termasyhur itu berdepan dengan Dominic Greene (Mathieu Amalric), seorang anggota pertubuhan Quantum yang menyamar sebagai pejuang alam sekitar. Sebenarnya, Greene merancang rampasan kuasa di Bolivia bagi menguasai bekalan airnya.

Bond ingin membalas dendam ke atas kematian Vesper Lynd, dan usahanya itu dibantu oleh Camille (Olga Kurylenko), yang juga mahu membunuh Greene.

Penerbitnya, Michael G Wilson menghasilkan cerita filem ini tatkala Casino Royale masih lagi dalam proses penggambaran. Pada asalnya, tayangan filem ini dijadualkan pada 2 Mei 2008, tetapi ia terpaksa dibawa ke tarikh lain setelah Roger Michell gugur daripada kerusi pengarah.
*Sumber: Berita Harian


Dulu aku sendiri skeptikal dengan kemampuan Daniel Craig sebagai James Bond baru. Apatah lagi selepas kehebatan filem Bond sebelum itu, Die Another Day yang penuh dengan gajet yang hampir tak masuk akal. Tapi lepas tengok Casino Royale, dia berjaya menjadi Bond terbaik selepas Sean Connery.

Tahniah kepada beliau. Dan semoga Quantum of Solace takkan mengecewakan.

No comments: