Friday, September 5, 2008

Bermula Suatu Cerita

Aku pernah ada blog dalam Bahasa Melayu, dan aku pernah ada blog dalam Bahasa Omputeh. Tapi semuanya aku dah delete. Kerana apa? Kerana masa yang tak pernah ada.

Kerana itu aku berhenti tulis blog selama setahun. Dan kerana malas.

Selain itu, aku juga sebenarnya cemburu melihat blog-blog yang bertaburan dalam Blogosfera ini. Ramai kawan-kawan aku ada blog yang pada aku amat menarik. Mereka memberi perspektif baru dalam cara kita semua melihat dunia ini. Secara tak langsung membuat aku sedar, banyak benda yang boleh aku cerita dan boleh aku kongsikan dengan semua pembaca.

Selain itu, sekarang aku dah ada laptop. Mudah aku nak teruskan pemerhatian aku dan benda-benda yang aku minat. Lagipun desktop aku dah terbakar kerana penggunaan yang terlalu aktif. Sampai meletup.

Apa yang aku minat? Macam-macam. Yang pertama terlintas dalam kepala hotak aku ni ialah wayang.

Ya, aku kaki wayang. Sekurang-kurangnya sekali sebulan. Kalo tak, hati runsing, jiwa tertekan, kepala kusut, lutut longgar (Wayang Lain) dan lain-lain.

Aku tak minat politik. Dah bersepah blog-blog yang berkisar tentang Penceroboh Dubur, Pejuang Agama dan Penghunus Keris. Biar la diorang buat benda-benda tu.

Aku cerita apa yang aku nak. Aku tak cerita apa yang aku tak nak. Semudah itu.

No comments: