Monday, September 15, 2008

Proton Kembali Lagi!



Yeah, Proton kembali lagi! Kali ini dengan sebuah MPV yang diberi kod nama MSX (tah apa maksudnya) yang akan dilancarkan pada tahun 2009.

Banyak yang mendakwa MSX sebagai MPV Proton yang pertama, tapi mereka dah lupa ke pada Proton Juara?

Memang betul, rekabentuk dan rupa Proton Juara yang tak ubah seperti mesin basuh separa-automatik tu harus dilupakan dan jangan dikenang lagi, tapi menerusi Juara lah Proton memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mereka dan membina MSX.

Berdasarkan kepada rekabentuk dan rupa MSX, aku tak nafikan ia memang menarik dan atas-ke-tarikh (up to date), macam campuran Caldina dan Murano yang diLotuskan (pendapat aku la). Aku rasa, model ni pasti akan dapat sambutan hangat dan tak hangit macam Juara. Lebih-lebih lagi selepas gambar-gambarnya dah tersebar serentak dengan peraduan menamakan model MSX ni. Tempoh masa yang diberi pula mencukupi untuk sapa-sapa yang berminat untuk save duit atau tambah duit untuk beli menatang ni.

Rasa bertuah? Atau sekadar nak cuba? Sila namakan Proton MSX di sini.

Dan terlanjur aku bercerita pasal Proton ni, diorang langsung takde plan ke nak komersialkan Proton Satria Gemilang dan Satria Cabriolet?


Apa? Korang tak tau?

Nah. Tengok sendiri.

Proton Satria Gemilang




Proton Satria Cabriolet

No comments: