Thursday, September 11, 2008

Kedaifan Idea & Ketidakkreatifan

Mula-mula sekali aku nak ucap terima kasih kepada kawan baik aku Mala kerana bagi aku idea nukilan ni.

Kalau korang perasan, siri TV dan filem-filem kat Malaysia ni dah kering kontang idea. Ya, aku tau memang ramai yang perasan terutamanya tema filem-filem yang semuanya sama jer: CINTA. Balik-balik itu je konsep ceritanya. Menambah parah lagi adalah cliche-cliche yang ada. Tak jauh beza dengan nukilan aku sebelum ni. Mesti ada ciri-ciri berikut:

1. 2 orang yang x pernah bercinta (walaupun umur dah tinggal 3 Jumaat)
2. Seorang watak tambahan yang mahu enter-frame cinta (ex-bf,ex-gf, kawan lama, bapak pedofilia, mak dengki, abang psycho, jiran pendatang asing, etc.)
3. Adegan gaduh cliche yang pastinya hero menang.
4. Watak pompuan gedik yang ketagih zakar.
5. Watak lelaki fractured-wrist/nyah/bapok/gay sebagai comic relief.
6. Watak yang bercakap menjerit-jerit.
7. Watak buat lawak spastik/cacat akal/autisme.

Endingnya tak payah cerita, korang semua dah tau pun.

Yang menariknya, filem-filem tersebut diarahkan oleh orang-orang yang sama. Kalau bukan Pengarah Berharga RM6 Juta, tentu Pengarah Bertaraf Profesor.

Tapi yang paling memualkan ialah filem/siri TV yang dicedok bulat-bulat dari karya Barat dan diMalaysiakan. Dengan harapan kejayaan yang dicipta oleh karya asal dapat dinikmati juga disini. Kononnya bagus la.

Kononnya.

Contoh dah banyak sangat. Yang terbaru, siri Apa Itu Cinta yang bakal disiarkan di Astro Prima bulan ni jugak. Kononnya ala Sex & The City. Dan watak utama yang bergelar Diyana akan jadi Carrie Bradshaw versi Melayu beragama Islam.

Macam mana agaknya Carrie Bradshaw versi Melayu Islam ni nak cerita pasal lelaki, seks, seks oral, seks anal, S&M, kinky sex, etc? Kalo betul-betul boleh buat teringin gak aku tengok. Tapi itu Cerita Lain.

Tolonglah!

Dah kering sangat ke kepala hotak penulis-penulis skrip, penerbit dan pengarah? Sampai kena cedok idea orang lain dan harapkan keajaiban? Ataupun tak tahu malu?

Jadilah kreatif. Hasilkan idea-idea baru atau sekurang-kurangnya jangan la tiru hasil karya lain. Dah la Malaysia ni banyak benda cetak rompak.

Sebagai bukti kedaifan idea dan ketidakkreatifan mereka, berikut aku senaraikan beberapa cerita Barat dan versi Malaysianya:

1. Fame Academy : Akademi Fantasia.
2. Grey's Anatomy : Cinta Medik/Ampang Medikal
3. Fast & Furious : Evolusi KL Drift
4. E.R : Unit Kecemasan Kuala Lumpur (UKKL)
5. Love Actually : Cinta
6. Desperate Housewives : Datin Diaries
7. Sex & The City : Apa Itu Cinta

Lepas ni apa lagi? Adakah mereka akan menerbitkan CSI:Miami versi Malaysia?

Kalau ya, ini cadangan aku:


CSI: Sentul

Mengisahkan mengenai kehidupan profesional dan peribadi 7 manusia yang berkhidmat di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia cawangan Sentul.

Pasukan forensik berkaliber ini dianggotai oleh:

Lt. Hamid Khan (A.Galak)
Cik Khalijah Dukeng (Fazura)
Cik Nata-de-Coco Vista (Zila Bakarin)
Cik Alina Kayu (Fasha Sandha)
En. Pyan Musang (Rosyam Nor)
En. Eric Dildo (Mawi)
Sjn. Miki Terip (Hans Isaac)

Setiap hari, mereka berdepan dengan pelbagai kes yang memerlukan kepakaran saintifik mereka disamping cuba mengimbangkan kehidupan kerja dan peribadi. Akan terjadi konflik apabila Khalijah Dukeng menjalin hubungan dengan Eric Dildo dalam diam, namun dapat dihidu oleh Nata-de-Coco Vista yang merupakan seorang lesbian seksi yang tertekan akibat sering diraba oleh Miki Terip yang kurang siuman. Sementara itu, Pyan Musang cuba menyembunyikan identiti kedua beliau iaitu sebagai pekerja seks di Lorong Haji Taib. Cik Alina Kayu pula mempunyai anak yang lebih tua dari beliau akibat hubungan sumbang mahram dengan mendiang datuknya. Hamid Khan yang obses dengan kewujudan UFO di Ulu Tembeling pula tahu akan kesemua perkara tersebut dan sering menyelesaikan kesemua masalah yang yang timbul. Namun Hamid Khan juga memiliki rahsia sendiri iaitu beliau merupakan seorang khunsa yang pernah memenangi pertandingan Ratu Kebaya semasa muda.

Apakah yang terjadi seterusnya?

Korang agaklah sendiri.

No comments: