Monday, September 22, 2008

X Men Origins : Wolverine

Poster asal, tarikh berbeza




Witness the origin!
X-Men Origins WOLVERINE



Filem yang bakal ke panggung pada 1 Mei 2009 ini menceritakan tentang asal-usul Logan a.k.a Wolverine sebelum menyertai X-Men. Yang paling menarik perhatian aku ialah bukan sekadar Wolverine je ada dalam filem ni, malah Sabretooth dan...... GAMBIT!

Wow!

Transformers 2 : Revenge Of The Fallen

Akhirnya... yang ditunggu dah mula nampak bayang.

Optimus Prime

Ironhide

Bumblebee

Arcee (watak baru)

Watak baru dan lama

DEVASTATOR!

Megatron (Cybertronian Tank mode)

Megatron (Cybertronian Tank mode)




Megan Fox!


So who’s getting added? According to IESB, one of the confirmed additions is a biggie - The Constructicons.

For those who missed out on their childhood, the Constructicons were six construction vehicles that, when it was called for, united to form one giant robot known as… Devastator.

The names of the Constructicons were Scrapper, Long Haul, Hook, Scavenger, Mixmaster, and Bonecrusher. But a couple of changes will have to be made there - the name ‘Bonecrusher’ was already used by the Decepticon in the first film who rollerbladed through a bus, impressed a kid and got beheaded by Optimus Prime. While the name ‘Devastator’ was given to the small tank that got called a “punk” by Jazz, before being seemingly bundled to death by the Autobots.

Another well known addition you can expect for Transformers 2 is… Soundwave. While shooting the first film, producers said he was problematic to design (no one has tape decks any more) but that he would be in the sequel.

Michael Bay has said that the Dinobots will NOT appear this time around.



Sementara tu boleh refer ke sini dan juga TransMY.

Sila baca juga mengenai Dinobots dan Constructicons.

Waah! Tak sabar tunggu 26 Jun 2009!

Wednesday, September 17, 2008

Bosannya....


Bosannya.

Pagi-pagi dah kena meeting. Kejap lagi ada meeting lagi. Ngantuk lagi.

Aku faham dan sedar kerjaya aku memang penuh dengan perbincangan yang bermanfaat. Tapi kalo boleh, bukak la tajuk yang lebih menarik.

Atau bukak baju....

Dah start merepek la ni.

Sembelit The Animasi



Korang pernah tengok filem Sembilu tak? Filem sampah arahan Pengarah Berharga RM6 Juta tu. Aku tak pernah tengok, pasal aku taknak habiskan masa sejam setengah tenung sampah. Baik aku tengok sampah depan rumah aku je.

Anyway, aku terjumpa video ni kat YouTube. Animasi 3D yang cuba jadi alternatif kepada sampah layar perak tu. Kalau la filem tu buat aksi macam ni tentu jadi klasik macam Filem Paling Merapu Di Dunia, Kung Pow.

Fight scene yang amat dramatik. Soundtrack yang meyakinkan. Animasi yang amatur.

Apa komen korang?

Monday, September 15, 2008

Proton Kembali Lagi!



Yeah, Proton kembali lagi! Kali ini dengan sebuah MPV yang diberi kod nama MSX (tah apa maksudnya) yang akan dilancarkan pada tahun 2009.

Banyak yang mendakwa MSX sebagai MPV Proton yang pertama, tapi mereka dah lupa ke pada Proton Juara?

Memang betul, rekabentuk dan rupa Proton Juara yang tak ubah seperti mesin basuh separa-automatik tu harus dilupakan dan jangan dikenang lagi, tapi menerusi Juara lah Proton memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mereka dan membina MSX.

Berdasarkan kepada rekabentuk dan rupa MSX, aku tak nafikan ia memang menarik dan atas-ke-tarikh (up to date), macam campuran Caldina dan Murano yang diLotuskan (pendapat aku la). Aku rasa, model ni pasti akan dapat sambutan hangat dan tak hangit macam Juara. Lebih-lebih lagi selepas gambar-gambarnya dah tersebar serentak dengan peraduan menamakan model MSX ni. Tempoh masa yang diberi pula mencukupi untuk sapa-sapa yang berminat untuk save duit atau tambah duit untuk beli menatang ni.

Rasa bertuah? Atau sekadar nak cuba? Sila namakan Proton MSX di sini.

Dan terlanjur aku bercerita pasal Proton ni, diorang langsung takde plan ke nak komersialkan Proton Satria Gemilang dan Satria Cabriolet?


Apa? Korang tak tau?

Nah. Tengok sendiri.

Proton Satria Gemilang




Proton Satria Cabriolet

Tahi Berlaku


Hari ini aku berhadapan dengan segumpal tahi.

Saranan aku jikalau berhadapan dengan segumpal tahi adalah:

rogol tahi itu.


Tidak, bukan rogol dalam ertikata mencabul secara fizikal.

Maksud "rogol tahi itu" disini adalah "fuck that shit".

Seterusnya teruskan kehidupan seperti biasa.

Ingatlah bahawa Forrest Gump pernah berkata;



"Tahi Berlaku"

Sunday, September 14, 2008

Ungkapan Hari Ini #2


Dalam Hidup Ini,

Tak Banyak Yang Aku Mintak.
Tapi Yang Sedikit Itulah Yang Aku Tak Dapat.


Saturday, September 13, 2008

Hidup Ini Memang Palat, Tapi Esok Masih Ada

Situasi yang sama.


Aku dah bosan.

Poster - DragonBall The Movie (2009)



Waah! Rasa Seronok!

Aku tak sabar....

Trailer - Allah Made Me Funny



Sayang sekali filem ni tak dapat worldwide release. Memandangkan Islamophobia masih kuat di kepala hotak Orang Puteh, filem ni cuma diluluskan dengan pengedaran terhad.

Filem ni berkenaan usaha 3 pelawak beragama Islam (Azhar Usman, Mohamed Amer dan Preacher Moss) di Amerika yang cuba memberi sinar baru dalam membetulkan salah faham dan anggapan Orang Puteh selepas 11 Sept 2001. Dalam pada itu mereka juga menyelitkan unsur-unsur dakwah dalam menerangkan apa sebenarnya Islam.

Ungkapan feveret aku dalam trailer ni;

"Osama bin Laden. He's like the Muslim Tupac.
They cant find this guy but he releases a DVD every month and a half.."

Agak-agak ada sesiapa yang nak bawak masuk filem ni ke Malaysia?
Lanun ke.....

Ungkapan Hari Ini #1


Age Does Not Matter, As Long As What Matters Does Not Age


Friday, September 12, 2008

Trailer - Quantum of Solace



SELEPAS kejayaan filem Casino Royale pada 2006, aktor British, Daniel Craig sekali lagi diberikan kepercayaan mendukung watak ejen paling popular dunia, James Bond. Menggunakan judul Quantum of Solace, filem yang bakal menemui penonton di Malaysia pada 6 November ini adalah edisi ke-22 filem aksi penyiasatan itu.

Quantum of Solace yang diterbitkan EON Productions menampilkan Marc Forster sebagai pengarah. Manakala penulis Casino Royale iaitu Paul Haggis, Neal Purvis dan Robert Wade kembali semula menggarap cerita untuk filem terbaru Bond, bersama seorang lagi muka baru, Joshua Zetumer.

Menerusi filem ini, ejen termasyhur itu berdepan dengan Dominic Greene (Mathieu Amalric), seorang anggota pertubuhan Quantum yang menyamar sebagai pejuang alam sekitar. Sebenarnya, Greene merancang rampasan kuasa di Bolivia bagi menguasai bekalan airnya.

Bond ingin membalas dendam ke atas kematian Vesper Lynd, dan usahanya itu dibantu oleh Camille (Olga Kurylenko), yang juga mahu membunuh Greene.

Penerbitnya, Michael G Wilson menghasilkan cerita filem ini tatkala Casino Royale masih lagi dalam proses penggambaran. Pada asalnya, tayangan filem ini dijadualkan pada 2 Mei 2008, tetapi ia terpaksa dibawa ke tarikh lain setelah Roger Michell gugur daripada kerusi pengarah.
*Sumber: Berita Harian


Dulu aku sendiri skeptikal dengan kemampuan Daniel Craig sebagai James Bond baru. Apatah lagi selepas kehebatan filem Bond sebelum itu, Die Another Day yang penuh dengan gajet yang hampir tak masuk akal. Tapi lepas tengok Casino Royale, dia berjaya menjadi Bond terbaik selepas Sean Connery.

Tahniah kepada beliau. Dan semoga Quantum of Solace takkan mengecewakan.

Melalak Di Awal Pagi

Awal pagi tadi aku melalak lagi. Macam biasa, aku dan Dia memilih Red Box Sunway untuk lepaskan ketagih membasahkan mikrofon dengan air liur yang bersembur-sembur.

Tapi kali ni, kami ditemani oleh Spy Baba dan tunang beliau.

Kesudahannya, pukul 3.30 pagi di Canai Cafe, Subang Jaya. Bersahur sambil tengok pompuan mabuk muntah kat longkang.

Uwek!

Thursday, September 11, 2008

Large Hadron Collider (Pelanggar Hadron Besar?)



GENEVA 10 Sept. - Ahli fizik zarah hari ini menghidupkan mesin pemecut atom terbesar di dunia dalam misi untuk menjawab antara persoalan paling rumit mengenai komposisi alam semesta.

Jentera yang dikenali sebagai Large Hadron Collider (LHC) itu dibina dalam sebuah terowong 100 meter bawah tanah dalam kompleks di sempadan Perancis- Switzerland.

Ia direka untuk memecutkan zarah subatom sehingga menghampiri kelajuan cahaya dan kemudian melagakannya dengan satu sama lain.

Pelanggaran itu buat seketika akan mencetuskan suhu 100,000 lebih panas daripada matahari, dan untuk sekelip mata meniru keadaan yang wujud selepas peristiwa Big Bang (Letupan Besar) yang menurut saintis membawa kepada penciptaan alam semesta 13.7 bilion tahun silam.

Zarah-zarah baru mungkin ditemui berikutan pelanggaran itu.

Penemuannya boleh membantu menyelesaikan misteri yang membataskan kefahaman kita tentang komposisi jirim dan bagaimana ia diwujudkan.

"Eksperimen ini bertujuan menimba pengetahuan untuk manusia tentang perlakuan jirim asas,'' kata ahli fizik, Daniel Denegri.

Dalam tempoh operasi LHC selama 10-15 tahun akan datang, timbunan data akan diperoleh daripada pelanggaran tersebut untuk dianalisis oleh universiti dan makmal di serata dunia.

Sejurus selepas 9.30 pagi (3.30 petang waktu Malaysia), kuantiti proton pertama disuntik ke dalam terowong berbentuk cincin sepanjang 27 kilometer di ibu pejabat Pertubuhan Eropah bagi Penyelidikan Nuklear (CERN).

Projek LHC itu memerlukan masa hampir 20 tahun, perbelanjaan enam bilion franc Swiss (RM17.5 bilion) dan kepakaran 5,000 saintis, jurutera dan juruteknik dari hampir 36 negara untuk menjadi kenyataan.

*artikel dicuri tanpa izin dari Utusan Malaysia.


Aku memang minat dengan sains. Sejak aku muda-muda dulu lagi. Tapi benda Pelanggar Hadron Besar ni buat aku tertanya-tanya satu soalan;


Apa benda ni?

Kedaifan Idea & Ketidakkreatifan

Mula-mula sekali aku nak ucap terima kasih kepada kawan baik aku Mala kerana bagi aku idea nukilan ni.

Kalau korang perasan, siri TV dan filem-filem kat Malaysia ni dah kering kontang idea. Ya, aku tau memang ramai yang perasan terutamanya tema filem-filem yang semuanya sama jer: CINTA. Balik-balik itu je konsep ceritanya. Menambah parah lagi adalah cliche-cliche yang ada. Tak jauh beza dengan nukilan aku sebelum ni. Mesti ada ciri-ciri berikut:

1. 2 orang yang x pernah bercinta (walaupun umur dah tinggal 3 Jumaat)
2. Seorang watak tambahan yang mahu enter-frame cinta (ex-bf,ex-gf, kawan lama, bapak pedofilia, mak dengki, abang psycho, jiran pendatang asing, etc.)
3. Adegan gaduh cliche yang pastinya hero menang.
4. Watak pompuan gedik yang ketagih zakar.
5. Watak lelaki fractured-wrist/nyah/bapok/gay sebagai comic relief.
6. Watak yang bercakap menjerit-jerit.
7. Watak buat lawak spastik/cacat akal/autisme.

Endingnya tak payah cerita, korang semua dah tau pun.

Yang menariknya, filem-filem tersebut diarahkan oleh orang-orang yang sama. Kalau bukan Pengarah Berharga RM6 Juta, tentu Pengarah Bertaraf Profesor.

Tapi yang paling memualkan ialah filem/siri TV yang dicedok bulat-bulat dari karya Barat dan diMalaysiakan. Dengan harapan kejayaan yang dicipta oleh karya asal dapat dinikmati juga disini. Kononnya bagus la.

Kononnya.

Contoh dah banyak sangat. Yang terbaru, siri Apa Itu Cinta yang bakal disiarkan di Astro Prima bulan ni jugak. Kononnya ala Sex & The City. Dan watak utama yang bergelar Diyana akan jadi Carrie Bradshaw versi Melayu beragama Islam.

Macam mana agaknya Carrie Bradshaw versi Melayu Islam ni nak cerita pasal lelaki, seks, seks oral, seks anal, S&M, kinky sex, etc? Kalo betul-betul boleh buat teringin gak aku tengok. Tapi itu Cerita Lain.

Tolonglah!

Dah kering sangat ke kepala hotak penulis-penulis skrip, penerbit dan pengarah? Sampai kena cedok idea orang lain dan harapkan keajaiban? Ataupun tak tahu malu?

Jadilah kreatif. Hasilkan idea-idea baru atau sekurang-kurangnya jangan la tiru hasil karya lain. Dah la Malaysia ni banyak benda cetak rompak.

Sebagai bukti kedaifan idea dan ketidakkreatifan mereka, berikut aku senaraikan beberapa cerita Barat dan versi Malaysianya:

1. Fame Academy : Akademi Fantasia.
2. Grey's Anatomy : Cinta Medik/Ampang Medikal
3. Fast & Furious : Evolusi KL Drift
4. E.R : Unit Kecemasan Kuala Lumpur (UKKL)
5. Love Actually : Cinta
6. Desperate Housewives : Datin Diaries
7. Sex & The City : Apa Itu Cinta

Lepas ni apa lagi? Adakah mereka akan menerbitkan CSI:Miami versi Malaysia?

Kalau ya, ini cadangan aku:


CSI: Sentul

Mengisahkan mengenai kehidupan profesional dan peribadi 7 manusia yang berkhidmat di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia cawangan Sentul.

Pasukan forensik berkaliber ini dianggotai oleh:

Lt. Hamid Khan (A.Galak)
Cik Khalijah Dukeng (Fazura)
Cik Nata-de-Coco Vista (Zila Bakarin)
Cik Alina Kayu (Fasha Sandha)
En. Pyan Musang (Rosyam Nor)
En. Eric Dildo (Mawi)
Sjn. Miki Terip (Hans Isaac)

Setiap hari, mereka berdepan dengan pelbagai kes yang memerlukan kepakaran saintifik mereka disamping cuba mengimbangkan kehidupan kerja dan peribadi. Akan terjadi konflik apabila Khalijah Dukeng menjalin hubungan dengan Eric Dildo dalam diam, namun dapat dihidu oleh Nata-de-Coco Vista yang merupakan seorang lesbian seksi yang tertekan akibat sering diraba oleh Miki Terip yang kurang siuman. Sementara itu, Pyan Musang cuba menyembunyikan identiti kedua beliau iaitu sebagai pekerja seks di Lorong Haji Taib. Cik Alina Kayu pula mempunyai anak yang lebih tua dari beliau akibat hubungan sumbang mahram dengan mendiang datuknya. Hamid Khan yang obses dengan kewujudan UFO di Ulu Tembeling pula tahu akan kesemua perkara tersebut dan sering menyelesaikan kesemua masalah yang yang timbul. Namun Hamid Khan juga memiliki rahsia sendiri iaitu beliau merupakan seorang khunsa yang pernah memenangi pertandingan Ratu Kebaya semasa muda.

Apakah yang terjadi seterusnya?

Korang agaklah sendiri.

Wednesday, September 10, 2008

Discovery Channel - I Love The Whole World



I love the mountains,
I love the clear blue skies
I love big bridges
I love when great whites fly
I love the whole world
And all its sights and sounds

Boom-de-yadda,
boom-de-yadda (twice)

I love the oceans
I love real dirty things
I love to go fast
I love Egyptian kings
I love the whole world
And all its craziness

Boom-de-yadda, boom-de-yadda

I love tornadoes
I love arachnids
I love hot magma
I love the giant squids
I love the whole world
It's such a brilliant place

Boom-de-yadda, boom-de-yadda


Best kan lagu ni?

Monday, September 8, 2008

Cepat dan Lambat

Masa aku bebudak dulu, zaman aku percaya yang Ultraman tu wujud dan tak pernah terpijak orang masa berlawan dengan raksasa Gorgon, abang aku pernah tanya aku;

Abang aku: "Pergi cepat, balik lambat. Apa dia?"

Aku: "Ntah"

Abang Aku: "Orang nak ke jamban la. Pergi cepat sebab tak tahan, balik lambat sebab dah lega"

Aku: "Oh...."

Tapi zaman ini, ketika aku sudah bekerja makan gaji dan memandu Hummer H2 untuk ke tempat kerja, teka-teki tu dah banyak sangat jawapan lain yang boleh diterima.

Contoh #1:

"Pergi cepat, balik lambat. Apa dia?"
"Pergi Midvalley cepat sebab nak carik parking. Balik lambat sebab tak ingat kereta parking kat mana."

Contoh #2:

"Pergi cepat, balik lambat. Apa dia?"
"Pergi kerja cepat sebab bangun tido pukul 8.30 pagi. Balik lambat sebab jalan jem pasal orang berebut nak gi Pasar Ramadhan."

Apa jawapan anda?

Sunday, September 7, 2008

Trailer - Fast & Furious



Fast & Furious. Part 4.

Vin Diesel & Paul Walker (bersama lagi!)

5 Jun 2009.

Aku tak tahu nak expect apa. Yang aku tau aku nak tengok cerita ni.

Friday, September 5, 2008

Bermula Suatu Cerita

Aku pernah ada blog dalam Bahasa Melayu, dan aku pernah ada blog dalam Bahasa Omputeh. Tapi semuanya aku dah delete. Kerana apa? Kerana masa yang tak pernah ada.

Kerana itu aku berhenti tulis blog selama setahun. Dan kerana malas.

Selain itu, aku juga sebenarnya cemburu melihat blog-blog yang bertaburan dalam Blogosfera ini. Ramai kawan-kawan aku ada blog yang pada aku amat menarik. Mereka memberi perspektif baru dalam cara kita semua melihat dunia ini. Secara tak langsung membuat aku sedar, banyak benda yang boleh aku cerita dan boleh aku kongsikan dengan semua pembaca.

Selain itu, sekarang aku dah ada laptop. Mudah aku nak teruskan pemerhatian aku dan benda-benda yang aku minat. Lagipun desktop aku dah terbakar kerana penggunaan yang terlalu aktif. Sampai meletup.

Apa yang aku minat? Macam-macam. Yang pertama terlintas dalam kepala hotak aku ni ialah wayang.

Ya, aku kaki wayang. Sekurang-kurangnya sekali sebulan. Kalo tak, hati runsing, jiwa tertekan, kepala kusut, lutut longgar (Wayang Lain) dan lain-lain.

Aku tak minat politik. Dah bersepah blog-blog yang berkisar tentang Penceroboh Dubur, Pejuang Agama dan Penghunus Keris. Biar la diorang buat benda-benda tu.

Aku cerita apa yang aku nak. Aku tak cerita apa yang aku tak nak. Semudah itu.