Wednesday, December 31, 2008

Azam Tahun Baru

Tahun baru tiba lagi. Malam ini akan penuh dengan pelbagai acara pesta lagu-lagu, pesta arak dan pelbagai macam acara lain yang menjanjikan wanita-wanita seksi, muzik bingit, pertunjukan bunga api berwarna-warni dan aku memenuhkan ruang memori kamera digital.

Setiap kali tiba bulan Disember, kita semua akan dengar atau ditanya satu soalan yang amat lah cliche dan tak dijemu diulang setiap tahun iaitu;


Apa azam tahun baru?


Pada aku, azam tahun baru adalah sesuatu yang lapuk. Pernah ke korang benar-benar berusaha memikirkan apa tujuan hidup dan perancangan untuk setahun akan datang? Aku lebih suka berfikir bukan untuk setahun, tapi lebih dari itu. Perancangan masa depan pada aku bukan sekadar setahun dua, mungkin menjangkau 20-30 tahun.

Kalau korang perasan, azam tahun baru sekadar ikut-ikutan dan dah menjadi trend. Memang budaya Melayu suka mengikut dan meniru. Kalau tak percaya cuba saja baca nukilan ini. Azam tahun baru sekadar sebutan di bibir yang tak pernah langsung melekat di hati. Atau bahasa mudahnya ialah NATO (No Action, Talk Only).

Kita mudah merasa malu jika tiada apa yang majoriti kumpulan kita ada. Kita malu jadi manusia yang ketinggalan benda-benda yang kita tak ada. Walaupun benda tu langsung tak penting pada kita. Dan mengapa mesti kita menunggu permulaan tahun baru untuk memperbaiki diri? Perbuatan yang baik tidak perlu menunggu tarikh 1 Januari untuk terjadi kan?

Kerana itu sehingga kini aku hanya pernah membuat satu sahaja azam tahun baru; iaitu aku berazam tidak akan membuat azam tahun baru. Dan aku berjaya laksanakan tanpa gagal sejak berbelas tahun lampau.

Tahniah kepada aku. (Sila tepuk tangan)

Azam-azam tahun baru yang selalu aku dengar pula biasanya sama macam filem Melayu. Cliche. Azam yang sama, niat yang sama dan hasil yang sama. Selalunya gagal.

Antara azam-azam tahun baru yang paling popular ialah;



1. Berhenti Merokok.

Aku yakin, hampir semua perokok pernah ada azam ini. Terfikir dengan duit yang susut dan keperluan atau kemahuan lain yang lebih memerlukan. Dalam fikiran dah mula mengira-ngira duit rokok yang berjaya dijimatkan untuk membeli sport rim baru, memiliki telefon bimbit berharga RM 3000 yang lengkap dengan pelbagai aplikasi yang takkan pernah digunakan atau percutian ke pantai idaman untuk menikmati pantai bersih dan mengusha wanita berbikini. Selalunya azam ini akan gagal sejam selepas ia dibuat.

2. Turunkan Berat Badan.

Setahu aku semua wanita akan buat azam ini walaupun badan dah nipis macam awek Popeye. Lelaki pun ramai yang akan buat azam ini dengan impian untuk memakai baju sendat berlogo Polo di dada kiri serta keyakinan untuk memikat gadis idaman. Ada sebilangan yang tak peduli saiz perut kerana tahu poket yang tebal akan menjamin gadis-gadis seksi berpaut di kiri kanan. Azam ini selalunya gagal selepas penat berparti malam tahun baru dan bangun lapar pada tenghari esoknya lalu menuju ke restoran mamak dan memesan nasi kandar 2 pinggan.

3. Kahwin.

Lelaki mungkin memasang azam ini selepas tak tahan di bebel oleh awek/tunang mereka yang takut akan menopause pada usia 25 tahun. Wanita pula memasang azam ini untuk membuktikan kepada kawan-kawan sekolah/universiti/ofis mereka bahawa mereka sudah laku dan berjaya mencapai status isteri. Mungkin juga untuk bersaing dengan kawan-kawan yang sudah berkahwin dan mencabar kawan-kawan yang belum ada teman lelaki pun. Azam ini kadang-kadang berjaya, dan ada juga yang gagal disebabkan faktor duit, curang dan lain-lain.

4. Habiskan Hutang.

Yang dah bekerja, mahu melangsaikan hutang PTPTN, hutang kereta, hutang rumah, hutang kawan-kawan, hutang kutu dan hutang personal loan. Yang masih belajar mahu langsaikan hutang belanja kawan-kawan, hutang beli komputer, hutang duit minyak motor kawan dan hutang buku teks. Berjaya atau tidak azam ini bergantung kepada keadaan kewangan masing-masing.

5. Bertaubat.

Azam nak berhenti minum arak. Nak berhenti seks bebas. Nak berhenti jadi rempit. Nak berhenti langgan pelacur. Nak berhenti tengok video porno. Nak mahirkan baca Quran. Nak jadi ahli masjid. Nak jadi seorang yang zuhud dan ukhrawi-oriented.



Ramai dah mencuba. Ada yang berjaya, ada yang tidak. Tepuk dada tanya selera....


Kepada semua pembaca,


SELAMAT TAHUN BARU 2009!
.

Monday, December 29, 2008

Review - The Spirit


Aku berkesempatan menonton filem ni semalam. Alang-alang cuti, aku pun layan jer la.

PLOT:

Mengisahkan tentang seorang polis yang dah mati tetapi hidup semula sebagai seorang pesuruh keadilan bergelar The Spirit yang mengawasi Central City dari unsur-unsur jenayah terutamanya dari seorang antagonis bergelar Octopus.


REVIEW:

Filem ni cuba meniru gaya penceritaan dan fotografi Sin City, tapi GAGAL dengan cemerlang. Bosan nak mampus. Lebih banyak membebel dan bercerita tentang benda-benda yang tak masuk akal dan ntah-apa-apa-ntah.

Heronya, The Spirit, asyik bercakap tentang diri sendiri, atau bercakap dengan diri sendiri tentang orang lain, atau bercakap dengan orang lain tentang diri sendiri, atau bercakap tentang diri sendiri dan penonton serentak, atau bercakap tentang diri sendiri tentang keadaan diri sendiri dan bercakap dengan bandaraya tentang diri sendiri atau bercakap kepada diri sendiri tentang bandaraya yang menjaga diri sendiri.

Tak faham? Aku tak salahkan korang

Nasihat aku, JANGAN tengok filem ni.

Hampeh!
.

Thursday, December 25, 2008

Eeeww!!!!

Mari menyanyi dan menari bersama Beyonce!

Lelaki normal sila perhati sebelah kanan, manakala wanita dan gay sila perhati sebelah kiri.



Lagu: Single Ladies (Put A Ring On It)

All the single ladies [x7]
Now put your hands up

Up in the club, just broke up
I’m doing my own little thing
Decided to dip but now you wanna trip
Cuz another brother noticed me
I’m up on him, he up on me
Don’t pay him any attention
Kept crying my tears, for 3 good years
Ya can’t be mad at me

Cuz if you liked it then you should have put a ring on it
If you liked it then you should have put a ring on it
Don’t be mad once you see that he want it

[Pre-Chorus]
Cuz if you liked it then you should have put a ring on it
Uh,oh,oh,oh,oh,oh,oh,oh,oh
Uh,oh,oh,oh,oh,oh,oh,oh,oh

if you like it then you should've put a ring on it
if you like it then you should've put a ring on it

Don’t be mad once you see that he want it
if you like it then you should've put a ring on it

I got gloss on my lips, a man on my hips
On me tighter than my Dereon jeans
Acting up, drank in my cup
I could care less what you think
I need no permission, did I mention
Don’t pay him any attention
Cuz you had your turn
But now you gonna learn
What it really feels like to miss B

[Pre-Chorus x2]

Don’t treat me to these things of the world
I’m not that kind of girl
Your love is what I prefer, what I deserve
Is a man that makes me then takes me
And delivers me to a destiny, to infinity and beyond
Pull me into your arms
Say I’m the one you own
If you don’t, you’ll be alone
And like a ghost, I’ll be gone

All the single ladies [x7]
Now put your hands up

Uh,oh,oh,oh,oh,oh,oh,oh,oh
Uh,oh,oh,oh,oh,oh,oh,oh,oh



Tetiba aku rasa nak muntah.....
.

Monday, December 22, 2008

MLM = Mari La Masuk


Pada suatu masa dahulu, ketika aku sedang buat apa tah. Tetiba telefon berdering. Perbualan yang menyusul lebih kurang camni;

Aku - Hello?

Mangkuk - Woi jom kita lepak. Aku ada benda best ni

Aku - Amendenya?

Mangkuk - Lepak la dulu. Jom jumpa kat mamak kul 9 kang. Datang tau.

Aku - OK.


Apahal lak Mangkuk ni nak jumpa? Dah lama gila tak jumpa dia. Mungkin dekat 3 tahun.

Sekitar jam 9 malam aku menunggu di kedai mamak tersebut. Aku pun menunggu dengan Milo Ais di tangan kanan dan sebatang KENT di tangan kiri.

Tetiba muncul sebuah Kelisa yang dipandu member aku yang bernama Mangkuk tu. Dengan pakaian macam nak pergi opis lengkap tali leher hitam, dia duduk depan aku.

"Apa cer?" Aku memulakan bicara.

Dan kemudian aku menyesali pertemuan malam itu.

Mangkuk tersebut membuka segala macam fail, brosur, pamplet, majalah, akhbar, surat testimonial, sijil dan piala berkenaan MLM yang cuba diperkenalkan.

Ya, MLM atau nama penuhnya Multi Level Marketing.

Dan ini bukan kali pertama aku kena tipu dengan taktik "jom lepak" ni. Dah selalu kena. Tapi aku pergi juga atas dasar sahabat yang dah lama tak berjumpa, mungkin untuk mengeratkan perhubungan, mungkin untuk berkongsi cerita hidup atau sekadar nak berjumpa.

Aku pernah mengikuti 2-3 ceramah MLM, dan pada pemerhatian aku ia dipenuhi dengan mereka-mereka yang pretentious, angkuh dan perasan bagus. Aku tahu bukan semua, tapi bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak santan sebelanga. Semua muka buat-buat gembira. (memang la gembira, downline baru masuk)

Aku tahu ada yang berjaya jadi jutawan, ribuan, ratusan dan juga puluhan (?) hasil dari MLM. Tapi berapa kerat? Lebih banyak yang jadi tukang support orang atas dan jadikan diorang kaya. Lepas tu tak pernah dengar lak jutawan-jutawan MLM ni tubuhkan yayasan atau dana kebajikan bantu anak-anak yatim atau mangsa bencana. Semua duit masuk poket sendiri.

Satu yang paling aku benci, orang-orang MLM ni yang memperlekeh atau bahasa mudahnya, MENGHINA kehidupan orang lain supaya masuk MLM dia. Dia akan berlagak dengan kereta baru, handphone baru, dan dengan pelan nasional dia yang nak beli rumah juta-juta, percutian ke satu dunia (kecuali Mekah), dan duit yang berkepuk-kepuk dalam bank. Yang peliknya setakat segelas air tak mampu belanja. WHAT.THE.FUCK??


Sudahnya, si Mangkuk menerima nasib yang sama seperti semua penghasut MLM yang berlagak angkuh dengan aku.

Putus kawan.



Seorang pendita pernah berkata;


"Jika kita ingin berjaya dalam kerjaya, kita kena korbankan 3 perkara. Keluarga kita, kawan-kawan kita dan kehidupan kita"


Yang mana satu korang sanggup korbankan?
.

Suatu Masa Suatu Destinasi #9




Chilli's Midvalley.

Mushroom Jack Fajita yang menyelerakan...

Aku mesti kembali!
.

Adegan Gaduh Paling Mengarut Pernah Aku Tonton

Betul. Aku tak tipu.

Adegan gaduh ni lengkap dengan;

1. menjilat pisau
2. mengoyak baju
3. muka poyo
4. badan berminyak-minyak
5. tercabut mata
6. wanita patah tangan yang handal berkungfu
7. penjahat mati dengan mata tersangkut pada cangkuk besi.


Tonton la sendiri:



Gila betul la
.

Sunday, December 21, 2008

Sengal La Badan Aku

Weekend ni aku terkejar-kejar jer. Lepas kerja 3 minggu non-stop, ingatkan dapat rehat la. Hampeh.... Nak rehat pun tak sempat. Sebenarnya bukan tak sempat, tapi tak cukup.

Aku nak sambung main Force Unleashed.
Aku nak habiskan tonton DVD yang aku beli.
Aku nak tengok wayang.
Aku nak lepak tengok live band.
Aku nak tengok Rock The World 8 (huhuhu...)
Aku nak shopping baju baru.
Aku nak lebih masa!


Dah lama aku tak gi urut. Badan pun dah sengal ni...


Aku rindu alunan muzik sentimental dengan jari-jari mulus mengurut tubuh aku....
.

Terima Kasih Cik Bunga


Terima kasih Cik Bunga.

Award ini membuatku terharu...
.

Thursday, December 18, 2008

Mari Minum Kopi

Aku adalah penggemar kopi. Ini termasuk kopi 3 in 1, kopi kedai ataupun kopi bancuh sendiri. Tak kiralah apa cara nak blend pun, memang aku hirup jer. Dan aku tau bukan aku sorang jer yang suka minum kopi. Paling best, minum kopi sambil hisap rokok.. Kafein + Nikotin memang menyetimkan....

Dulu masa stesen minyak Projet masih ada kedai serbaneka sendiri (sebelum dibeli oleh 7 Eleven) aku suka minum kopi hazelnut kat situ. Sampai sekarang, itulah kopi hazelnut paling sedap pernah aku rasa. Tapi sekarang dah tak ada........

Kalau kat kedai yang jual kopi sampai RM13 segelas, aku suka minum Caramel Frappucino. Memang itulah kopi kegemaran aku sampai kini. Sesekali aku order gak Caramel Macchiato tapi jarang. Macchiato ni rasanya agak pahit dan kena campur ngan air gula sket baru la ada ummph! Oh ya, aku suka kopi berkaramel. Memang sedap.

Kalau kopi buat sendiri aku memilih Nescafe. Dah itu jer yang ada kat rumah aku :P

Kalau kopi 3 in 1 pulak aku suka Radix (mai secawan), CNI Ginseng dan Old Town Hazelnut White Coffee. Mudah dan cepat. Hanya tambah air panas.

Tapi apa pulak kisahnya dengan Kopi Jantan? Dah la rasa tak sesedap mana, strategi pemasaran pulak fail! Ada ke patut letak gambar 2 atuk yang tinggal 3 jumaat lagi untuk promosi kopi tenaga? Hahahaahahaha.....

Sila lihat posternya;





Kalau aku jadi graphic designer untuk syarikat tu, aku akan cadangkan supaya;

Tulisan dalam font yang melambangkan kekentalan, warna emas untuk tambah nilai komersil, gambar seorang lelaki bertubuh kekar perkasa, secawan kopi panas dan wanita berwajah pra-orgasme.

Baru lah nampak JANTAN.

Tuesday, December 16, 2008

League of Extraordinary Gentlemen VS Liga Pendekar

Ada sapa-sapa ingat lagi tak filem ni? The League of Extraordinary Gentlemen (Liga Manusia Luar Biasa?) atau pendeknya LXG adalah salah satu filem yang seronok ditonton. Walaupun jalan ceritanya agak cheesy dan predictable, tapi aku sukakan konsep penggabungan watak-watak popular pop culture barat dalam satu cereka. Filem ini mengisahkan tentang satu kumpulan pesuruh keadilan penentang kejahatan yang terdiri daripada;

1. Allan Quatermain

Pengembara British yang terkenal dari novel King Solomon's Mines karya Sir H Rider Haggard.

2. Rodney Skinner (Invisible Man)

Dari novel Invisible Man karya H.G. Wells.

3. Captain Nemo

Kapten laut berbangsa India dari novel 20 Thousand Leagues Under The Sea karya Jules Verne.

4. Tom Sawyer

Watak utama dari novel Tom Sawyer karya Mark Twain.

5. Mina Harker (Pontianak)

Salah satu mangsa pontianak dari novel Dracula karya Bram Stoker.

6. Dr Jeckyl/Mr Hyde

Terkenal dengan dua personaliti dari novel The Strange Case of Dr Jeckyll And Mr Hyde karya Robert Louis Stevenson.

7. Dorian Gray

Seorang immortal (hidup selamanya) dari novel The Picture of Dorian Gray karya Oscar Wilde.

Dan sudah pasti ada versi Melayu. Dan kali ini bukan filem atau drama, tetapi komik! Filem LXG juga adalah berdasarkan komik juga. Jadi adakah versi Melayu juga akan ada filemnya?

Satu kemungkinan yang amat menarik.

Dan inilah LXG versi Melayu yang diberi nama....









LIGA PENDEKAR!


Konsepnya sama macam LXG iaitu sekumpulan watak-watak popular bersatu menentang kejahatan. Liga Pendekar dianggotai oleh;

1. Hang Tuah

Pahlawan Melaka yang amat terkenal dengan konsep kesetiaan.

2. Malim Deman

Anak Raja Malim Dewa yang mencintai Puteri Santan Bertapis. (rujuk sini)

3. Badang

Pemakan muntah yang gagah perkasa.

4. Sang Kelembai

Menukar sesiapa yang menegurnya kepada batu.

5. Awang Kenit

Bertubuh kecil dan mudah menyusup.

6. Sang Kebayan

Penjaga Gunung Ledang. Tapi sepatutnya nenek kebayan kan? Tapi pelik pulak kalau takde awek, jadi terpaksa dimudakan.

7. Si Tanggang

Anak durhaka yang disumpah jadi batu.

8. Orang Minyak

Perogol bersiri bersenjatakan minyak.




Pelik pulak rasanya bila anak derhaka dan perogol bersiri turut dijadikan wira. Tapi syabas kepada pelukis komik Liga Pendekar, saudara Azhar Abdullah kerana usaha dan wawasan beliau!

Secara jujur, aku sukakan idea penggabungan ini. Ia memberi satu nafas baru dalam penceritaan semula kisah-kisah yang dah lama established dalam budaya kita. Macam kata orang bidang pengiklanan, penjenamaan semula.

Jika anda berminat, sila dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran.
.

Monday, December 15, 2008

Trailer - Watchmen


Aku tak berapa familiar dengan Watchmen ni. Tapi sejak aku tengok trailer dan dapat tahu ia diarahkan oleh Zack Snyder, aku teruja!

(Untuk info, Zack Snyder adalah pengarah filem 300)

Kesan khas yang mengagumkan, jalan cerita yang lain dari yang lain dan skor muzik yang menghantui!

PLOT:

Berkisar tentang keadaan dunia di tahun 1985 yang berbeza. Di dunia ini, superhero adalah sebahagian daripada kehidupan harian dan kebanyakan superhero memakai kostum dan masih menyembunyikan identiti sebenar mereka. Watchmen, sekumpulan superhero yang dah bersara dari era hero mereka berkumpul kembali setelah salah seorang dari anggota mereka dibunuh kejam. Seterusnya mereka membongkar satu konspirasi untuk menghapuskan superhero dari dunia tersebut.

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan Watchmen, sila baca di sini.

Sementara itu, sila saksikan trailer filem ini:



Best kan lagu background tu? The Beginning Is The End Is The Beginning dendangan Smashing Pumpkins.

Aku tak sabar!
.

Sunday, December 14, 2008

Review - Transporter 3


Aku teruja nak tengok filem ni lepas tengok trailer yang dahsyat dan penuh adegan aksi-aksi yang yang hebat, apatah lagi filem Transporter yang pertama dulu memang best. Dan berdasarkan itu, aku pun tengok la filem ni.

PLOT:

Mengisahkan Frank Martin (Jason Statham) yang masih meneruskan kerjaya underground beliau sebagai delivery boy tanpa soalan, asalkan dibayar dan mengikut peraturan. Seperti filem kedua dahulu, beliau masih menggunakan kereta Audi A8 W12 sebagai kereta penghantaran.

Kali ni, beliau terpaksa (dan dipaksa) menghantar pakej yang berupa seekor awek bernama Valentina (Natalya Rudakova) yang merupakan anak seorang menteri Ukraine. Beliau turut dipakaikan satu gelang bom yang akan meletup jika beliau berada lebih 75 kaki dari keretanya.

Maka bermulalah aksi-aksi yang melibatkan darah, petrol, vodka dan kepala botak.


REVIEW:

Filem ni langsung tak sehebat filem Transporter yang dulu. Jalan cerita yang bodoh, awek yang menjijikkan, aksi lovey-dovey yang memualkan dan beberapa adegan tak masuk akal.

Biar aku jelaskan dengan terperinci;

1. Awek bagi filem ini dipegang oleh Natalya Rudakova, yang memiliki badan yang nipis macam plywood, muka yang menjijikkan, perangai yang tak ubah seperti Wanita Gedik Ketagih Zakar, dan lakonan seperti kayu. Aku rasa nak termuntah setiap kali muka dia keluar. Serius.

2. Jalan cerita yang bodoh. Susunan adegan yang nampak sangat dibuat-buat. Contoh: Awek nak kencing tapi beli vodka dan telan pil. Lepas tu berdisko dalam kereta sambil kena kejar dengan orang jahat bersenjata AK47. wtf?

3. Adegan lovey-dovey yang memualkan aku. Macam ni; selepas berjaya bawak kereta laju-laju dan bunuh penjahat, awek ajak hero menari bogel atas padang lalu bergesel-geselan dan menjurus kepada seks atas rumput (tak gatal ke?). wtf?

4. Kereta hebat sang hero termasuk dalam sungai. Dalam keadaan bawah air, hero amik nafas dari tayar kereta. Ada dalam air kira-kira 20 minit. Bila dah tarik kereta keluar ke darat, tayar masih ada angin! Dan enjin boleh hidup dan terus sambung kejar penjahat atas keretapi! WOW!

5. Aku benci awek filem ni. (Aku tau aku dah sebut tadi tapi aku nak sebut lagi). Kereta Audi A8 W12 ini jauh lebih seksi dan menggiurkan dari dia. Aku tak tipu.

.

Ungkapan Hari Ini #4

Party Like A Rockstar
Shine Like A Superstar
Fuck Like A Pornstar
.

Friday, December 12, 2008

Kalau Aku Jadi Darth Vader

Dah jadi Darth Vader pun tetap hisap rokok

Sedang syok aku main Star Wars: The Force Unleashed tadi, aku terfikir tentang Darth Vader. Bukan tentang dia punya kuasa atau watak dia dalam filem-filem Star Wars, tapi macamana agaknya kalau Darth Vader ni memang wujud dan hidup berkeliaran di KL. Dan apa kata kalau aku jadi Darth Vader. Menarik kan kemungkinan tu?

Jadi aku letakkan kontroller Nintendo Wii aku dan sambil hisap rokok, aku pun khayal....

Kan best kalau aku pun ada kuasa-kuasa Force seperti Force Grip, Force Lightning, Force Push dan Sith Mind Trick? Pasti banyak kegunaan dalam kehidupan seharian aku.

Dan ini fantasi aku:



1. Force Grip
Kuasa ini membolehkan aku mengawal benda-benda fizikal dari jarak jauh dan alihkan barang tersebut kemana saja aku nak. Darth Vader gunakan kuasa ni untuk membuang objek kearah lawannya dan untuk mencekik pegawai-pegawai Death Star yang gagal menjalankan tugas.

Kalau aku, pastinya mudah untuk aku;

i. membuang sampah,
ii. mengemas rumah,
iii. menerbangkan kereta yang double parking belakang kereta aku,
iv. menapau nasi kandar dari restoran mamak depan rumah aku, dan
v. memulakan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan logistik dan peralihan barangan.

Mungkin aku akan bekerja di Pelabuhan Klang sebagai cara menjimatkan kos operasi kren kontena.



2. Force Lightning
Kuasa ini membolehkan aku mengeluarkan kilat sabung-menyabung dari tangan aku dan menyeksa orang yang terkena. Darth Vader takde kuasa ini kerana tangan beliau adalah robotik (Sila rujuk filem Star Wars Episode 3). Namun begitu, Sith Lord yang lain semua ada. Ia digunakan untuk menyeksa pihak lawan dan membantu dalam pertarungan lightsaber.

Kalau aku, pasti aku akan;

i. Membakar sampah dengan mudah,
ii. menyalakan rokok tanpa perlu lighter lagi,
iii. pergi solo camping dengan tenang,
iv. tak takut kena pau dengan mat pit kat Puduraya,
v. tidak perlu risau dengan blackout.
vi. boleh mengecas bateri handphone yang dah kong.

Mungkin aku akan bekerja dengan Tenaga Nasional Berhad untuk menjana beberapa buah pencawang elektrik dengan bayaran lumayan.




3. Force Push
Kuasa ini membolehkan aku menggunakan aura halimunan untuk menghasilkan satu daya tolakan yang amat kuat. Darth Vader gunakan kuasa ini untuk menghancurkan halangan dan menolak lawan jauh dari beliau sewaktu pertarungan lightsaber.

Kalau aku, pasti aku akan;

i. menolak jauh polis yang cuba tulis saman kat kereta aku,
ii. menolak jauh pokok yang tumbang dijalan raya selepas ribut,
iii. menolak jauh orang yang cuba menjual MLM,
iv. menolak jauh anjing yang suka bersantai kat depan rumah aku,
v. menolak jauh kereta kurang ajar yang cuba potong barisan kat plaza tol.

Mungkin aku akan jadi takbur kalau aku ada kuasa ini. Mungkin.




4. Sith Mind Trick
Kesatria Jedi pun ada kuasa ni. Ia digunakan untuk mempengaruhi minda yang lemah dan membuat orang membuat apa saja ikut kemahuan kita. Sekaligus membuatkan kita boleh buat apa saja tanpa orang marah! Ini yang paling menarik!

Pastinya aku akan;

i. Keluar masuk panggung wayang secara percuma!
ii. pergi bercuti di London, New York, Amsterdam secara percuma!
iii.. mengisi petrol kereta aku secara percuma!
iv. membeli game-game Wii secara percuma!
v. mendapatkan khidmat urutan selepas kerja secara percuma!
vi. menekel awek secara percuma!

Makin takbur la aku kalau ada kuasa ni. Dan bila dah ada awek, tentunya awek tu pun kena dressing macam Darth Vader gak.

Macam ni;

Inilah awek Darth Vader sejati


Berkhayal memang melekakan....
.

Wednesday, December 10, 2008

Perhatikan Betul Betul #2

Korang nampak tak apa yang tersembunyi?




UPDATE:

Inilah dia apa yang tersembunyi. Menarik tak?

Monday, December 8, 2008

May The Force Be With Me In Aidiladha

Hari Raya Haji memang tak disambut semeriah Hari Raya puasa. Tak tau kenapa, hanya negeri-negeri pantai timur saja yang menyambut Hari Raya Haji dengan meriah. Yang lain, cuma meriah kerana cuti, meriah kerana lembu korban terlepas di jalanraya dan juga kerana jalan jem.

Tahun ni sama dengan tahun lepas, aku sambut Raya Haji kat KL jer. Malas nak keluar pasal jalan dah tentu jem. Hari cuti + cuti sekolah memang satu kombinasi yang membuat aku duduk kat rumah jer. Tapi aku tak bosan. Kenapa?

Kerana aku baru membeli game terbaru untuk Nintendo Wii aku iaitu Star Wars: The Force Unleashed. Akhirnya aku merasa gak nak jadi Sith Lord!

Aku tak mahu tulis entri ni panjang-panjang. Aku nak gi sambung main game.

Selamat Hari Raya Aidiladha!
.

Tuesday, November 25, 2008

Perhatikan Betul-Betul


Adakah anda nampak apa yang tersembunyi?
.

Memohon Kebenaran Berpoligami

Surat ni amat universal. Jadi sila copy & paste tanpa rasa malu dan ubah nama yang berkenaan ok?



[Nama Anda]
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

[Nama Isteri Anda]
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini..

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,


..................................
[Nama Anda]

.

Sunday, November 23, 2008

Review - Quarantine


Semalam aku ke Midvalley selepas seminggu kat Miri. Aku terasa nak tengok lak filem Quarantine ni. Berdasarkan laporan ini, filem ini adalah remake daripada sebuah filem Sepanyol berjudul REC. Berdasarkan trailer filem ni yang nampak cambest, aku pun tengok la.

PLOT:

Seorang wartawan, Angela (lakonan Jennifer Carpenter) ditugaskan untuk membuat liputan berkenaan kehidupan ahli bomba. Semasa satu panggilan kecemasan, Angela dan jurukamera beliau turut mengikuti ahli bomba ke sebuah kompleks apartment dimana mereka telah dikurung beramai-ramai dan menghadapi bahaya. Bahaya macamana?

Zombie.

Tapi bukan zombie macam dalam filem Resident Evil atau Zombi Kampung Pisang, tapi mayat hidup yang kena jangkitan penyakit anjing gila dan lapar daging manusia. Maka bermula lah episod lari mengelak kena gigit dengan zombie-zombie mulut berbuih.


REVIEW:

Filem ni bercita-cita nak tiru gaya fotografi The Blair Witch Project dan kisah zombie Resident Evil. Pelakon yang tak dikenali membuahkan hasil yang boleh diketawakan. Jeritan tak tentu hala yang boleh diketawakan. Zombie bingung yang boleh diketawakan. Jalan cerita yang boleh diketawakan. Ending yang boleh diketawakan.

Dan aku ketawa sepanjang menonton filem ni. Semasa adegan lucu, semasa adegan zombie makan kepala orang dan semasa adegan tikus yang dipijak sampai hancur.

Senang cerita, tak payah tengok la filem ni
.

Review - Quantum Of Solace

Aku berkesempatan tengok filem ni kat Brunei minggu lepas. Nak tengok kat KL asyik penuh, mungkin KL masih tak cukup panggung wayang atau mungkin DVD cetak rompak belum terhasil. Mungkin.

PLOT: Selepas kematian Vesper Lynd, Bond bertambah saiko dan membunuh sesiapa jer yang menghalang misi barunya. Dalam perjalannnya, dia terjerumus dalam permainan politik kerajaan Bolivia dan organisasi Greene Planet yang bercita-cita menguasai sumber air Bolivia. Dominic Greene, ketua Greene Planet adalah ahli Quantum, sebuah pertubuhan rahsia yang cuba disiasat oleh MI6.


REVIEW:

Secara peribadi, aku kecewa dengan filem Bond terbaru ni. Mungkin kerana expectation aku yang tinggi atau cerita ni memang tak kuat.

Dari segi aksi, memang tak dinafikan memang hebat. Tapi adegan aksi yang terlalu pendek dan adakalanya macam tak perlu ada. Kejar-mengejar dengan kereta, bot, kapal terbang, berlari-lari, letupan, gelas pecah, terkapak kaki sendiri....

Adegan yang melibatkan kereta Aston Martin DBS yang diheboh-hebohkan juga tak sehebat mana. Adegan sekadar 10 minit melibatkan kereta yang hancur berlubang dan tercabut pintu. Selebihnya dalam filem ni, Bond memandu kereta Ford. WTF?

Bond Girl kali ni macam biasa ada 2 orang iaitu Olga Kurylenko sebagai Camille Montes dan Gemma Arterton sebagai Strawberry Fields. (Strawberry?). Camille mungkin ada signifikan dalam filem ni tapi Strawberry hanya muncul macam patung, bogel atas katil dengan Bond dan kemudian mati kehitaman. WTF?

Olga Kurylenko sebagai Camille Montes

Gemma Arterton sebagai Strawberry Fields

Argh... Casino Royale lagi best
.

Thursday, November 13, 2008

Melayu dan Hobi

Kalau diperhatikan, orang Melayu ni memiliki hobi yang hampir serupa. Mungkin kerana genetik, mungkin kerana persekitaran dan mungkin kerana seribu sebab yang lain. Aku senaraikan sedikit yang aku nampak dan tahu.


1. Membaca

Membaca disini bukan bermaksud membaca buku-buku seperti novel The Unbearable Lightness of Being, The 7 Habis of Highly Effective People, atau A Brief History of Time mahupun buku-buku karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, Dr HM Tuah atau Dina Azman. Buktinya? Perpustakaan yang kosong sepi dan rak-rak buku yang dihiasi sarang labah-labah dan habuk setebal 3 inci. Di kedai buku pula, bahagian yang mempamerkan buku-buku ini kosong semata.

Membaca disini bermaksud membaca majalah sampah seperti Mastika, majalah hiburan sampah seperti Mangga dan novel cinta meleleh leleh berjudul seperti Ombak Kasih, Cinta Di Pagi Hening, Sesejuk Salju, Sepi Mencengkam, Pelamin Luka dan lain-lain. Tidak lupa juga pelbagai majalah murah yang tiada penerbit dan berunsur seks. Dihiasi dengan gambar-gambar wanita seksi Jepun yang dicuri dari internet, majalah sampah ini penuh dengan tajuk-tajuk seperti Pengakuan Janda, Malam Yang Hangat, Kehebatan Orang Gajiku dan lain-lain. Biasanya ditemui di kedai majalah yang dimiliki peniaga berbangsa India.

Membaca Al-Quran? Tepuk dada tanya selera.



2. SMS

Menurut laporan ini, rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 4.7 juta sehari untuk menghantar SMS. Pelbagai SMS yang dihantar sama ada ke manusia lain atau ke TV untuk bergaduh dengan orang lain mengenai pelbagai gosip artis terkini seperti mengutuk Mawi, Fasha Sandha atau Norman Hakim. Daripada humor hingga kisah cinta semuanya ber SMS. Dari ungkapan i love you hingga ke talak tiga.

Selain dari SMS berbentuk peribadi, macam lagi boleh dibuat dengan SMS seperti keputusan perlawanan bola sepak, tempah tiket wayang, cari kenalan, berjudi dan menyebarkan berita palsu.

Gila untung syarikat telekomunikasi kat Malaysia ni. Patut la toyol Digi pun makin gemuk.


3. Rempit

Hobi yang sebenarnya adalah jenayah. Dan amat annoying diorang ni. Mau ajer aku langgar sekor-sekor dengan Hummer H2 aku.


Hobinya lumba motor tengah malam buta. Tidur pun tak menarik berbanding hadiah pertama si cantik jelita bawah umur. Sanggup korbankan nyawa demi dara yang yang boleh dipertikaikan. Jangan sesekali tegur mereka, nanti pecah cermin kereta. Biarlah mereka lumba dan sila doakan mereka eksiden. Kalau tak teruk, biarkan merana di atas katil hospital supaya doktor kerja lebih di malam hari. Kalau teruk, biarkan penggali kubur ada kerja. Polis pun tak boleh buat apa. Semua pening kepala dengan hobi mat rempit ni. Mereka amalkan cogankata ‘Malaysia Boleh’.


Terdapat juga hobi bermotor bagi mereka yang berada dan selalunya agak berumur. Hobi mereka ialah berkonvoi pergi merata-rata dengan motosikal berkuasa tinggi sama ada easy-rider seperti Harley Davidson atau superbike seperti Hayabusa. Destinasi mereka tidak menentu, dari KL naik motor konvoi ke utara dan selatan. Atau buat konvoi sempena Merdeka atau Tahun Baru. Mereka ini tidak menggangu orang lain dan biasanya dihormati oleh pengguna jalan raya yang lain.



4. Usha Pondan

Entah kenapa, pondan-pondan kat Chow Kit masih bersepah lagi walaupun balai polis Chow Kit tak sampai 100 meter pun. Fikir sendiri la...

Dulu masa aku masih belajar lagi, pernah kawan-kawan aku ajak keluar malam minggu ke KL. Tengok pondan-pondan situ. Terima kasih sajalah... daripada tengok pondan baik aku keluar dengan perempuan-perempuan seksi melayan live band.

Biasanya mereka yang mempunyai hobi ini bukanlah pengamal seks songsang, tetapi sekadar nak tahu ataupun sifat curiosity dalam diri masing-masing. Ada tiga jenis orang yang memiliki hobi ini iatu;
  • Jenis tengok sekali je : tengok sekali, rasa jijik, takkan datang lagi.
  • Jenis tak peduli: tengok, layan, ajak bual-bual. Kalau dia songsang, mungkin akan berlaku pertukaran cecair badan (yucks!)
  • Jenis amal makruf nahi mungkar: beri nasihat dan pujuk ke jalan benar, dan kadang-kadang akan membelasah, membogel dan tinggalkan pondan kat tepi jalan.


5. MLM

Mari kaya segera! Buat duit dengan hanya goyang kaki! Hisap rokok dapat RM 6 Juta!

Dari skim Swisscash dan Pak Man Telo hingga ke pelbagi skim palsu lain yang bertujuan memungut duit orang yang suka berangan kaya. Pelbagai sistem diperkenalkan yang berselindung disebalik jualan barangan elektrik murahan dari China, penapis air hikmat, baju-baju buruk dari Thailand, tilam magnet dari Jepun dan juga pelbagai ramuan herba dan jamu dari Indonesia. Yang paling popular ialah barangan kesihatan. Maklumlah, orang Melayu (dan Malaysia) malas jaga kesihatan. Kena pulak ada testimonial tak berwajah yang berbunyi lebih kurang macam ni;

"Saya mengidap penyakit kentut berdarah selama 20 tahun. Berbagai doktor, dukun dan shaman telah saya temui tapi semua mengatakan saya akan mati kejang. Apabila saya mencuba produk Kentut Plus dari Omaigad, saya telah sembuh sepenuhnya! Kini saya boleh kentut merata sesuka hati saya.."
- Azman, kakitangan swasta.

Maka tertipulah orang-orang kuat berangan yang mahukan kesihatan hebat dan kekayaan tak masuk akal itu. Dan tersenyum rianglah mereka-mereka yang mendakwa kehebatan produk mereka. Dan yang menyedihkan, kedua-dua penipu dan yang tertipu berbangsa Melayu.

Patut la orang Melayu dikatakan malas.



6. Mengumpul barangan mistik

Orang Melayu memang taksub dengan benda-benda ghaib dan mistik. Kalau tak, tentu pameran hantu kat Muzium Negara aritu takde orang datang.

Antara barang-barang yang menjadi igauan mereka:
  • Minyak Puteri Norsiah
  • Geliga Lipan
  • Ular berkaki 4
  • Kelenjar Kijang Putih
  • Syiling Nabi Ibrahim
  • Batu halilintar
  • Teras Kemuning Hitam
  • Minyak Dagu
Ada yang meminati barangan tersebut hanya sebagai hobi, ada pula yang berharap keuntungan peribadi, dan ada pula yang berniat dengki kepada orang Melayu lain. Tidak pernah pula terdengar usaha untuk mengirim santau kepada George Bush atau menghantar Keris Terbang untuk mengalahkan tentera Yahudi.

Yang lebih teruk akan mengamalkan pemujaan dan penyembahan pulak. Syirik!

Anda berminat? Sila layari Mistik Items.


7. Blog

Jika anda membaca nukilan ini, maka kita memiliki hobi yang sama. :)

.

Monday, November 10, 2008

Ungkapan Hari Ini #3

Kepada yang masih SINGLE..
Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin dikejar, makin ia menghindar.
Tapi bila dibiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti.
Cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang PATAH HATI..
Sakit..luka..hancur..kecewa...
Bertahan selama kau menginginkannya.
Lantas ia akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah tatkala melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain.
Tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia bersamamu.

Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila kau putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi adalah lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu.
Namun cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI..
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Dan kemudian kau sedar bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun lamanya untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun akan datang pun dia tetap takkan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakannya.

"cintailah dia yang mencintaimu....."

Saturday, November 8, 2008

Skandal Obama & Palin


Wakakakakaka! Gila betul la bahana kempen pemilihan Presiden Amerika ke-44 ni. Kalau dulu hanya tentang persaingan tentang idea dan visi bakal Presiden bila terpilih, skang dah jadi lebih kreatif dan lucah!

Hustler telah menerbitkan sebuah filem porno spoof tentang Barack Obama dan calon Naib Presiden Republican, Sarah Palin. Gila kreatif! (dan lucah).

PLOT: Mengisahkan tentang Obama (lakonan Guy DiSilva) sebagai hero yang menyelamatkan Palin (lakonan mantap Lisa Ann) daripada kempen politik yang gagal. Palin amat terharu dengan bantuan Obama yang gagah berani dan mengucapkan terima kasih dengan cara yang amat menggembirakan!

Sila saksikan trailer ringkas ini:



Ada sapa-sapa tahu mana nak download filem ni?
.

The Spirit

Poster The Spirit


Scarlett Johansson sebagai Silken Floss

Jaime King sebagai Lorelei Rox

Eva Mendes sebagai Sand Saref

Akhirnya filem yang lama aku tunggu dah sampai ke Malaysia pada 25 Disember ni. Filem ni aku dah tunggu sejak aku tau Frank Miller nak buat. Kalo dia boleh hasilkan karya 300 dan Sin City, dah tentu la filem ni gempak! Berdasarkan trailer, nampaknya memang sebijik macam Sin City. Dan aku sangat suka dengan gaya fotografi dan penceritaan berdasarkan narration. Tak la cliche sangat kan.

Jalan cerita tak berapa original. Kisah seorang polis biasa bernama Denny Colt yang dibunuh dan hidup semula sebagai The Spirit, seorang hero yang menentang elemen-elemen jahat di Central City terutamanya dari The Octopus, otai jahat dalam filem ni. Sepanjang pengembaraannya, The Spirit bertemu dengan pelbagai wanita yang nak menggoda, menagih cinta atau nak membunuh beliau.

Lebih kurang cam Robocop gak. Tapi itu kisah robot.

Maklumat lanjut boleh dibaca di sini dan di website rasmi. Sementara itu, sila saksikan trailer The Spirit.




.

Friday, November 7, 2008

Persoalan Menarik


Mungkinkah Rumah Putih akan bertukar nama ke:
  • Rumah Hitam?
  • Rumah Gelap?
  • Rumah Kelam?
  • Rumah Suram?
  • Rumah Hantu?
.

Terkandas 5 Hari

Minggu lepas aku ke Melaka atas urusan kerja.

Dan dah 5 hari aku tak apdet blog ni. Jadi aku akan post beberapa entri serentak! Hahahaha



A Famosa Resort patut menyediakan perkhidmatan Wi-Fi yang lebih baik.
.

Wednesday, October 29, 2008

Salam Takziah.

Aku mengucapkan takziah kepada rakan aku, Khairul Nizam Misnan dan keluarga atas pemergian bapa beliau ke Rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang Mukmin.

Al-Fatihah
.

Tuesday, October 28, 2008

Aku dan Handphone

Setelah membaca entri terbaru si Rosli mengenai handphone-handphone yang pernah kita miliki, aku pun terfikir nak buat gak.

Berikut adalah handphone yang pernah aku miliki sehingga sekarang;





1. Nokia 2110

Handphone pertama aku. Ya, aku sempat menggunakan handphone sebesar batu-bata ini. Ia berkebolehan membuat dan menerima panggilan, menaip dan menerima SMS serta berkebolehan membunuh seekor anjing. Aku guna handphone ni 3 bulan je sebelum bertukar ke handphone kedua.





2. Alcatel One Touch Max

Handphone kedua aku. Masih teringat lagi aku study sambil handphone ni charging berdiri kat meja aku. Bunyi deringan monofonik yang amat kuat dan kadang-kadang amat annoying. Aku guna sampai la saat kematiannya pada penghujung tahun 2001.






3. Samsung SGH R220

Handphone ketiga aku. Ini lah handphone pertama aku yang ada warna selain warna monochrome pada skrin. Masa ni skrin warna biru amat popular dan jadi kemestian pada pemgeluar handphone. Seingat aku yang memulakan trend skrin biru ni ialah Samsung Blue Eye. Dan ini juga handphone pertama aku yg boleh layari Internet dengan WAP. Masa tu kira yang paling canggih la. Handphone ni aku serahkan pada abang aku bila handphone dia menemui ajalnya.




4. Nokia N-Gage

Handphone keempat aku. Yang masih berfungsi sampai kini dan aku guna sesekali untuk pastikan ia masih berfungsi. Ini handphone pertama aku yang takde antenna terkeluar, boleh main MP3, ada Radio, Bluetooth, bole simpan gambar, lagu dan video. Dan yang paling best, Game! Kira ala-ala Gameboy la. Game N-Gage favourite aku ialah Asphalt Urban GT, Splinter Cell dan Angelfish. Internet jugak lebih best kat handphone ni dengan GPRS. Cuma satu je kurang handphone ni ialah ketiadaan kamera. Itu jer.



5. Nokia 6708

Handphone kelima aku. Dan juga handphone paling mahal pernah aku miliki. Satu-satunya handphone touchscreen daripada Nokia masa tu. Memang agak terkial-kial masa awal-awal dulu nak biasakan menaip SMS guna stylus. Fungsi PDA handphone ni memang amat mengujakan aku. Semua features yang ada pada handphone-handphone lama aku ada pada handphone ni termasuklah kamera. Tapi takde Radio FM. Tak kisah la kot. Tapi yang paling best pada aku ialah handphone ni memiliki keupayaan Recon, yang membolehkan aku mengawal semua peralatan yang menggunakan remote control! Dengan handphone ni aku dapat kawal TV, DVD Player, kipas, Astro, dan macam-macam lagi. Habis Astro kedai mamak aku kacau. Hehehehe....



Sekarang dah 2 tahun aku guna Nokia 6708 tu. InsyaAllah aku nak beli baru bila ada handphone yang aku berkenan nanti.

Dan aku perasan, semua handphone aku berbentuk candybar. Mungkin lepas ni aku nak cari clamshell, slide atau Communicator. Atau mungkin PDA.

Apa handphone yang korang pernah pakai?
.

Tuesday, October 14, 2008

Satu lagi Bukti Kedaifan Idea & Ketidakkreatifan

Aku tengah menggodek laman siber ni, tetiba terjumpa satu berita yang membuat aku rasa mual dan sedih pada masa yang sama.

Sebuah drama tempatan ala-ala HEROES yang diberi judul Klon Teja.

Baca artikel ni;

KISAH empat remaja yang mempunyai kuasa luar biasa dalam menjalani kehidupan seharian dipaparkan dalam drama bersiri baru, Klon Teja terbitan Tall Order Production Sdn. Bhd.

Mendengarkan jalan ceritanya jelas menunjukkan drama bersiri tersebut mempunyai persamaan dengan drama bersiri popular luar negara, Heroes yang digemari oleh jutaan peminat.

Mungkinkah pihak penerbitan sendiri sudah ketandusan idea sehingga merasakan ‘menciplak idea produksi luar lebih baik daripada menghasilkan sebuah cerita baru?

Penerbit drama bersiri tersebut, Hans Isaac berkata, syarikat produksinya tidak pernah terfikir untuk menciplak atau meniru drama bersiri popular tersebut.

Sebaliknya, idea yang tercetus adalah secara kebetulan kerana elemen superpower atau kuasa luar biasa merupakan subjek menarik untuk disajikan kepada khalayak.

“Saya sendiri merupakan peminat drama bersiri tersebut, jadi apabila saya mahu menerbitkan drama sendiri maka terlintas difikiran saya untuk melakukan drama sebegitu.

“Namun begitu, kalau ada yang mahu samakan Klon Teja dengan Heroes, maknanya kita berjaya menghasilkan sebuah drama yang lebih kurang sama dengan produksi luar,” jelasnya kepada media pada majlis pelancaran drama bersiri tersebut di ibu kota baru-baru ini.

Mengakui terdapat persamaan antara dua drama berkenan, terang Hans, suntikan elemen-elemen budaya tempatan bagaimanapun, akan membuatkan drama bersiri itu mempunyai nilai tersendiri.

Drama bersiri 26 episod itu bakal diarahkan oleh Khalid Shamsuri atau lebih dikenali dengan panggilan Arab.

Klon Teja memulakan penggambaran pada 11 Oktober lalu di sekitar dua lokasi utama iaitu Melaka dan Kuala Lumpur.

Apa yang menariknya juga, Klon Teja akan menampilkan wajah-wajah segar yang agak jarang kelihatan di layar kaca seperti Nazim Othman, Balkisyh, Ummi Nazeera dan Anding.

Sementara itu bagi pengarahnya, Arab pula, Klon Teja merupakan sebuah naskhah yang sarat dengan pengajaran dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan umur.

Meskipun terdapat unsur-unsur magis dalam drama berkenaan, Khalid berharap, tidak ada pihak yang akan mempertikaikan jalan ceritanya.

“Kita hasilkan drama yang ada kuasa magis jadi saya harap penonton dapat menerimanya dengan baik. Ini merupakan satu drama ringan yang sesuai ditonton seisi keluarga. Saya mengharapkan tidak ada pihak yang akan memanipulasikan idea kreatif kami ini,” katanya penuh mengharap.

Bagi mendapatkan hasil yang baik dalam proses mencipta magis tersebut, Klon Teja juga tidak akan ketinggalan daripada dibantu oleh teknik Imej Penjanaan Komputer (CGI).

“Sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peratus teknik CGI akan membantu produksi ini. Pada masa yang sama, akan ada juga efek-efek khas lain.

“Berhubung penggunaan teknik CGI, saya rasa ia tidak begitu sukar untuk dilaksanakan kerana kita ada mereka yang pakar di dalam bidang ini,” jelasnya.

Klon Teja mengisahkan perebutan kalung Teja yang dahulunya diwarisi oleh Tun Teja.

Kerana tamakkan kuasa yang ada pada kalung itu, ia sering menjadi perebutan sehingga kalung tersebut terbelah dua.

Dek kerana itu ramai warisnya mahu mencari kedua-dua kalung Teja tersebut untuk dicantumkan semula bagi mencungkil rahsia yang tersembunyi dan seterusnya menjadi manusia yang menyamai kuasa luar biasa dimiliki Hang Tuah.

Pertemuan dua keluarga yang memiliki kalung Teja telah menyebabkan sepasang adik-beradik daripada dua keluarga yang berketurunan Kesultanan Melayu Melaka mendapat kuasa luar biasa.

Petikan diambil dari sini.

Nah! Dah terbukti kan? Aku dah tulis dulu dalam nukilan ni.

Amacam?

Monday, October 13, 2008

Aku Di Genting


Bermula semalam, aku berada di Genting Highlands untuk urusan kerja sampai Sabtu ni. Seronok gak, jumpa balik dengan geng-geng lama yang satu kepala. Daripada matang terus jadi macam budak-budak. Hahahaa....

Kat atas gunung yang sejuk ni aku stay kat Genting View Resort. Best gak tempat ni. Boleh main arnab lagi. Ingat kalo free bole gak terjun swimming pool. Tak pun naik ke puncak...

Oleh kerana Wi-Fi service kat sini cuma sampai pukul 11pm jer, maka aktiviti online aku terjejas gak. Sempat online masa lunch hour jer. Tapi sini internet laju. Bagus untuk aku sambung download beberapa filem. Hehehehe....

Aktiviti tak banyak yang interesting. Biasa la, kerja kan. Maka idea untuk ber-blog pun kurang sikit.

Lain kali nak lepak kat sini lagi la.

Sunday, October 12, 2008

Review - Disaster Movie


Semalam lepas open house member aku kat Putrajaya, aku ke Times Square. Dan aku tengok Disaster Movie.

Hahahahahaha! Gila aku ketawa siot tengok cerita bodoh ni. Memang spoof yang bodoh. Tapi itu memang cerita yang bagus untuk nak relakskan kepala.

AMARAN: Filem ni kelakar tapi sangat bodoh. Kalau korang peminat filem yang menghayati watak, plot tersusun, karakter yang hidup, filem ini bukan untuk korang. Dah nama pun filem spoof, memang la camtu jalan ceritanya. Ni bukan filem berilmu, berilmiah atau berakal. Layan jer.

Plot:

Kisah bermula dengan mimpi pasal orang gua yang jumpa Amy Winehouse bertaring dan guna laptop Apple dan berlawan dengan sorang mamat American Gladiator. Hero, sorang mamat nama Will yang nak sambut majlis hari jadi ke-16 walaupun umur dia dah 25. kat parti ada geng-geng High School Musical, menembak cara Wanted, Jessica Simpson, Justin Timberlake dan Dr Phil (semua palsu). Break ngan awek dia, pastu bencana meteor dan puting beliung melanda. Jumpa Hannah Montana kena hempap ngan meteor. Berebut tempat ngan betina Sex & the City, tembak Speed Racer, teringat pasal kena cucuk pedang Prince Caspian dan jadi Jumper. Puting beliung datang dan cuba ditahan oleh Iron Man, Incredible Hulk dan Hellboy. Semua kena hempap dengan lembu. Jumpa Princess Giselle (Enchanted), Chipmunks yang sangat seram, Batman yang emo, dan Kungfu Panda. Pastu bergaduh dengan Beowulf yang telanjang, Indiana Jones pendek dan dunia terselamat! Akhir sekali hero dan heroin dikahwinkan oleh Love Guru.

Dan banyak awek dalam citer ni. OK la kalo nak layan. :P

Carmen Electra

Kim Kardashian


Vanessa Minnillo

Aku tak faham beberapa lawak dlm filem ni, tapi tak kisah la. Sikit je pun. Ketawa macam orang gila sampai sorang mamat kontrol sebelah aku terjeling-jeling. Peduli apa aku. Setakat nak kontrol macho ngan awek lemak berlapis dia, tak heran aku.

Kalau korang perasan, cerita ni adalah dalam siri cerita-cerita merapu dengan pengarah sama. Antara cerita-cerita lain arahan camni ialah:
  • Scary Movie (1,2,3 & 4)
  • Date Movie
  • Superhero Movie
  • Meet The Spartans
Dalam banyak2 tu, Date Movie yang paling hampeh. Jangan tengok kalau belum tengok.

Kalau nak ketawa, tengok la citer ni. Berbaloi gak duit tiket.

Wednesday, October 8, 2008

Kena tag la pulak...

Aku dah kena tag plak ngan 2 orang. So, untuk menjadi seorang yang adil macam Justice Pao, aku akan jawab kedua-dua sekali!



YANG PERTAMA......


The rules: Link to your tagger and post these rules on your blog. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag at least 3 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

1. Aku suka warna putih dan merah. Putih untuk menunjukkan aku seorang yang suci. Merah untuk menunjukkan aku seorang yang horny.

2. Aku suka tempat tinggi. Kerana kat situ aku boleh gelakkan orang yang gayat.

3. Aku minat Tera Patrick.

4. Aku bukan seorang yang pemarah. Tapi kadang-kadang emo.

5. Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi seorang atlit. Tapi aku tak suka berlari dan berpeluh.

6. Aku aquaphobia.

7. Semalam aku bermimpi satu hostage situation yang bercampur elemen zombie dan ganado. Rasanya aku dah addict ngan Criminal Minds dan Resident Evil 4.



YANG KEDUA......

1.what were you doing 5 years ago?

Still studying.



2.what are the 5 things on your to-do-list today?


  • blog.
  • read other people's blog.
  • meeting.
  • try to do some actual work.
  • continue watching Criminal Minds.
3.what are the 5 snacks that you enjoy?

  • chocolates.
  • Starbuck's Caramel Frappucino.
  • Maggi Itik.

4.what are 5 jobs you have had?


  1. Petrol pump attendant
  2. Housekeeping Slave
  3. Customer Service Officer
  4. Management Trainee
  5. Assistant Director

5.who are 5 people you wanna tag?

Nobody.


HAHAHA. Dah selesai.

Aku malas nak tag sapa-sapa. Kalau rajin, buat la.

Histeria

Membazir sirap jer.

Pergh... geram.

Ahh.. sebuah lagi filem yang aku nak tengok. Mula-mula aku pun tak sedar pasal filem ni. tapi sejak aku melepak ngan seorang pelakonnya, dah teruja plak. Hehehehe....


Sila baca sinopsis:

‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental. Apakah benar Murni yang membunuh? Atau … siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini?


Jalan cerita memang tak original pun. Macam ciplak Blok 404 atau I Know What You Did Last Summer. Biasa la.. kan tiru meniru amalan mereka? Rujuk nukilan ini.

Apa-apa pun nantikan tayangan pada Disember ini!